30/12/2014

Rumah kontena bukan sesuatu yang baru. Pernah disiarkan beberapa kali dalam discovery channel. Ada juga yang sudah dipraktikkan. Dari simple sampai la ke tahap rumah mewah. Binaan utama yang tediri daripada kontena yang dah tak pakai.

Banyak sample yang kita boleh tengok kt internet. Macam2 cara diorang design. Aku pernah tengok dalam Discovery Channel dulu pasal rumah kontena ni. Antara kelebihan utama dia ialah binaan pantas. Tak perlu bancuh simen, susun batu bata. Cuma nak tebuk dinding kontena leceh sket. Tebal kot. Then, design boleh tukar-tukar bila dah boring. Ikut selera. Masing2. Kelebihan lain kalau ahli keluarga bertambah, just tambah je satu atau dua kontena lagi. Setel.

Baru-baru ni kerajaan mengumumkan akan membina rumah sementara untuk mangsa banjir. Rasanya kalo guna idea rumah kontena ni pun ok jugak. Dengan berat dan keteguhan binaan kontena, mungkin dapat menahan arus kuat banjir.

Sebenarny konsep rumah kontena si dah pun diguna pakai untuk dijadikan asrama pekerja binaan projek perumahan. Agak praktikal. Cepat nak assemble. Esok bila projek dah siap boleh angkut je. Boleh guna untuk next projek.

P/s: Pernah masuk dalam office kontena. Not bad. Memag sesuai untuk buat rumah.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe