29/12/2014

Time travelling, mitos yang menghantui manusia. Siapa yang tak nak kan? Banyak bende boleh buat. Secara teorinya time travelling boleh dilakukan oleh manusia menurut Einstein. Cuma memerlukan kelajuan cahaya. Secara teorinya, bila kita bergerak laju, persekitaran kita menjadi perlahan. Ia dipanggil teori relativiti. Inilah yang berlaku dalam Instellar bila diorang turun kat planet tsunami tu, 1 jam di atas planet tu, bersamaan dengan 7 tahun di luar. Planet tu dekat sgt dgn black hole, graviti yang super kuat menyebabkan masa atas planet tu jadi  perlahan perlahan berbanding di luar.

Katalah teknologi ni berjaya dicipta, kemana korang akan pergi? Masa depan or masa belakang? Kalo ke masa belakang mungkin boleh tukar sejarah macam nak sambung blajar course ape, nak clash dgn awek yang mana, elak melabur dlm MLM. Kalao ke masa depan boleh tengok result atau keputusan, sesuai untuk pertandingan atau main no ekor, bleh tau ape jadi bila korang buat sesuatu keputusan dan buat keputusan lain.

Secara personally aku rasa teknologi time travel dah wujud. Cuba google perkataan Die Glocke or J-Rod.

Dari segi lain pula, masa ni wujud sebab ada jam dan rutin. Kalo takde jam dan rutin matahari terbit dari timur ke barat, fasa bulan, pertukaran musim, macam mana nak describe masa.

Bende ni menghantui aku akhir2 ni.

P/s: kalau la doraemon ada....

2 comments:

  1. Bro, kalau time travelling wujud, semua kes jenayah tergantung, orang hilang, misteri X-Files selesai sekelip mata jer. Contoh, ke mana MH370 hilang, siapa tembak jatuh MH17, siapa pembunuh arwah adik Nurin dll.

    ReplyDelete
  2. Tak jugak bro. Kalo ada orang plan macam tu, mesti ada jugak orang yang akan plan nak halang benda tu. Tak semudah tu bro...

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List