06/01/2015

Hari ni 1st day aku kerja dalam tahun baru. Cuti 8 hari memang lama gile. Masuk ofis lost sket. Emel berlambak. Baca satu2. Nasib baik takde major task baru. Kalo tak pening jugak.

Walaupun skolah dah tangguh seminggu, tapi pagi tadi traffik agak jem jugak. Next week tak tau la macam mana. Walaupun aku naik motor, tapi leceh jugak nak menyelit. Nak kene jaga blakang lagi. Skang ni dah la banyak kes langgar lari.

Sebut pasal tahun baru, mesti orang cakap pasal azam. Kalo takde tahun baru, takde azam baru ke? Relevan laagi ke zaman skang ni bincang pasal azam? Azam ni bagi aku general sangat. Contohnya, saya berazam nak berjaya. Berjaya macam mana? Definasi berjaya setiap orang adalah berbeza. Aku lagi suka guna target/sasaran/goal sbb otomatik otak akan fikir lagi specific. Yang penting nak set target ni tak payah tunggu tahun baru pun takpe. Anytime, asalkan ada timeframe. Contoh, dalam tahun ni, aku nak completekan at least satu novel or aku kene kurangkan berat 6 kilo dalam masa 3bulan. Kan nampak spesifik sket.

Post ni ialah post pertama tahun ni. Ianya agak lambat sket. But late is better than never. Punca kelewatan berkaitan dengan kegagalan mencapai target tahun 2014 iaitu post lebih banyak entry berbanding 2013. Haha. So target utk 2015 ialah sambungan daripada tahun lepas iaitu memecahkan entry tahun 2013. Haha.

Pape pun, takziah kepada semua mangsa banjir di seluruh negara. Diharap dapat bersabar dan diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan besar ini....

P/s: Sepatutnya tahun ni kita dah boleh beli hoverboard. Haha.


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers