07/01/2015

Sebenarnya mudah je nak memotivasikan masyarakat kita ni. Bagi la free gift. Memang berebut orang buat. Kalo takde free gift atau makan2 atau cabutan bertuah, memang liat masyarakat kita ni nak join atau buat.

Dulu masa petronas buat promosi bila dapat 6 cop akan dapat satu payung edisi terhad, berebut orang isi minyak kt petronas. Walaupun stesen pam lain dekat dengan rumah, sanggup jugak carik petronas. Minimum isi RM 30 dapat satu cop. Sanggup isi RM30. Problem yg berlaku ialah payung tak cukup. Ada orang sanggup menjelajah ke beberapa stesen petronas utk dapatkan payung limited edition. Kebanyakan stok kt area2 bandar habis. Bila da penat menjelajah, tapi bila sampai jawapan yg diterima takde stok, ape lagi,  mengamuk la. Yang customer luahkan perasaan kt FB tak puas hati. Yang pekerja petronas pulak luahkan perasaan keme maki dengan customer. Petronas pun satu, nak buat promosi tapi kedekut nak buat payung banyak2. Katanya satu stesen cuma dapat satu atau dua kotak je. Satu kotak ada 30 batang payung. Elok customer nampak je stok sampai, berebut2. Tak sampai 10 minit dah licin macam kuih kt Klebang Coconut Shake di hari cuti. Tu belum campur pekerja simpan utk diri sendiri, kawan2, awek, bf, family. Memang tak cukup. Disebabkan limited edition, ada orang siap jual kt mudah.my lagi. Haha. Aku pengguna tegar Shell. So i dont care.

Baru-baru ni aku balik umah mertua kat SP. Kebetulan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) ada buat promosi. Sape yang bayar cukai pintu untuk setahun akan dapat payung percuma dan berpeluang menyertai cabutan bertuah. Hadiah2 nya ialah smartphone dan tab. Tuudiiiiaaaa aih. Masa aku nak pergi bayaq, terkejut habih. Pukul 9 pagi lebi dah jem. Ingatkan bila pergi awal cepat la setel. Nak carik parking dah satu hal. Nasib baik dpt parking yang x berapa jauh. Aku drop wife kt depan dulu. Lepas tu baru aku carik parking.

Bila aku sampai kt depan pintu masuk, wife aku dah berdiri kt situ senyum2. Die tunjuk kt kat nombor giliran. 907. Aku tanya bape no sekarang? Aku tengok kt dalam, tuddddiiii aih. Baru 456. Bape jam nak tunggu ni. Aku lepak 5 minit jap dalam aircond nak sejukkan badan. Nasib baik aircond sejuk. Lepas tu kitorang g makan. Lepas makan balik rumah. Petang pukul 3 baru datang balik. Masa tu nombor dah 1035. Nasib baik diorg x kisah kalo nombor dah lepas still bleh berurusan. Dapat jgak payung akhirnya dan juga tiket cabutan bertuah. Kalo menang Note4 pun cantik juga.

Tapi aku perasan la, dari pagi tadi, ada beberapa apek atau nyonya dapat payung sampai 3 or 4 batang. Melayu kebanyakan dapat 1 atau 2 batang je. Faham tak apa maknanynya kt sini? Ok la, maybe apek atau nyonya tu bayar untuk orang lain skali, mungkin juga die tolong bayar untuk anak2 die. Mungkim jugal diorang ada sampai 3 atau 4 rumah. Kaya tak?

Wife aku cakap, Majlis Bandaraya Aloq Staq pun buat promosi sama gak. Bagi free gift kalo bayaq setahun teruih. Aku baru tahun lepas stat bayar cukai pintu seban baru beli rumah. Rasa macam takde pape promosi je. Hampeh. Kedekut.

P/s: Teringat dulu masa puasa. JAKEL Jalan TAR buat promosi 30 orang pertama beratur dapat kupon baju melayu Aaron Aziz free. Punye la ramai orang beratur. Lepas sejam beratur tgh panas, diorg cakap dah cukup orang. Siap ada makcik tu menangis2 n pengsan lagi. Tak tau la real or drama. Ok, boleh faham tak apa aku cuba sampaikan ni? Haha.


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe