30/01/2015

Aku pun tak ingat macam mana aku boleh mula baca buku ni. Ok, aku memang suka download ebooks lepas tu baca kat tab aku. Ada free ada yang bayar. Aku lagi prefer free sebab boleh baca dalam pdf. Yang bayar kene baca dalam apps diorang. Leceh.

Aku dah lama dgr pasal buku ni. Orang cakap best. Ramai cakap best. Nak tau best ke tak, kene la baca. Mcm biasa, aku baca 5 m/s pertama dulu. Then baru decide nak continue ke tak. Mukadimah pun da menarik. Terus aku tak boleh stop sampai abes. Dua hari je dah habes.

Seperti kata orang, ya, buku ni memang best dan menarik kerana ianya membuka minda dan mengubah persepsi conventional.

Secara ringkas, dia tentang pengalaman penulis yang menerima nasihat daripada dua orang bapanya iaitu The Poor Dad, ayah kandung beliau dan The Rich Dad iaitu ayah kawan beliau. Ayah kandung beliau merupakan seorang pekerja kerajaan yang makan gaji manakala ayah kawa beliau merupakan seorang usahawan yang berjaya. Belia membesar dengan menerina nasihat daripada kedua2 ayah beliau. Apakah nasihatnya? Nak tau kene baca sendiri. Baru feel.

Serius buku ni sangat menarik dan membuka minda dan memberikan jawapan kepada persoalan aku selama ini.

Ya, buku ini juga penyebab kenapa aku decide utk tak sambung master becoz its not my life plan anymore.....

P/s: bak kata Rancho, " kita semua pergi sekolah, tapi apa yang kita belajar dari sekolah sebenarnya?"

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers