13/01/2015

Hujung minggu lepas, dunia media sosial hangat dengan video dan gambar beberapa gadis melayu bertudung (semestinya Islam) berpelukan atau dipeluk oleh beberapa  artis kpop (aku tak ingt nama grup die). Pelbagai pihak share dan mem viralkan video dan gambar yang kontroversi itu. Apa lagi, bersepah la dengan caci maki serta sumpah seranah dari warga media sosial. Ada juga segelintir yang membela, dan rasanya budak2 baya umur mereka juga. Ayat 'jangan buka aib orang' kembali popular. Senang citer memang hangat la.

Masa awal2 lagi aku tengok aku rasa mcm salah penganjur yang mungkin tak bgtau garis panduan tentang konsert di Malaysia. Tetapi esok harinya penganjur tampil memberikam penjelasan bahawa garis panduan sudah diberitahu tapi masih lagi berlaku.

Tapi bagi sesiapa rakyat Malaysia Islam yang waras dan normal tengok video tu memang panas. Para penonton bersorak gegak gempita tatkala heroin muslimah naik ke atas pentas dan mula berpeluk ala-ala aksi romantis bajet sweet drama melayu tv3 pukul 7. Seperto tiada agama dan lupa family dan tak fikir kesan perbuatan mereka kepada family terutamanya. Kalo dilihat aksi mereka, rasanya kalo ajak masuk bilik pun sanggup kot.

Ada pendapat mengatakan, jangan disebabkan insiden tak bermoral ni satu Kpop dipersalahkan. Kalo dilihat, industri kpop tu tak bersalah. Cuma peminat yang over. Terlalu memuja artis kegemaran mereka. Biasalah peringkat umur macam tu, fanatik artis. Semua orang macam tu. Bergantung kepada minat masing-masing. Yang minat rock akan cuba tiru penyanyi rock. Yang otaku akan cuba ikut style watak anime. Tak salah minat, cuma mcm biasa la, sume bende ada limit. Ada sebab kenapa orang buat limit. Supaya keadaan tak jadi makin parah.

Cuma ada satu komen yang aku suka, seteruk2 kpop pun, drama diorang lagi menarik. Plot cerita yang pelbagai walaupun tema utama iala cinta 3 segi berbanding drama melayu yang tam habes2 dgn citer kawen paksa, orng kaya kawen orang miski, rebut harta syarikat cikai and the list goes on. You name it. Hahaha.

P/s: kalo awek2 tu free hair orang kecoh tak? Eleh, Aaron rilek je peluk Siti Saleha dalam Nora Elena, Maya Karin dalam Ombak Rindu, tapi korg cakap sweet plak. Kamon bro, ini double standard namanya.


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe