09/02/2015


"Stesen berikutnya, Miharja. Stesen berikutnya, Miharja"

Sayup-sayup kedengaran suara rakaman oeprator menembusi telingaku yang disumbatkan dengan eaphone. Lagu Smooth dendangan Santana dan Rob Thomas mendominasi gegendang telingaku dengan volume 80% daripada maksimum. Petikan gitar bertenaga Santana dan suara maskulin Rob Thomas membuatkan aku terbayang video klipnya yang ala-ala latino. Secara spontan jejariku bergerak-gerak seolah-olah sedang menggoreng gitar bersama Santana.

Selepas stesen Chow Sow Lin tadi, kepadatan manusia di dalam tren ini sudah berkurangan dengan ketara. Bila manusia kurang, oksigen bertambah. Baru la rasa sedikit kesejukan aircond tren yang sudah berusia separuh dekad ini. Orang yang berdiri pun dah berkurang. Banyak tempat duduk sudah mula kosong. Aku sengaja berdiri kerana tinggal 1 stesen sahaja lagi. Rasa bazir tenaga untuk duduk.

Depan pintu LRT ialah tempat kegemaran untuk orang berdiri. Ruang tengah ada kosong tapi tak best sebab kene berdiri depan orang. Berdiri depan pintu ni rasa luas sikit. Lagipun boleh bersandar. Keadaan luar sudah gelap. Cahaya-cahaya dari banggunan dan kereta yang berbaris di jalan jem semakin menyerlah. Lampu-lampu neon kedai-kedai malam juga mula menyala. Kuala Lumpur, kota yang tidak pernah tidur. Sentiasa bermandi cahaya siang dan malam.

Setibanyanya di stesen Maluri, aku melangkah keluar. Earphone masih tertanam di dalam telingaku. Penumpang yang melangka keluar dengan pelbagai ragam. Ada yang berlari seperti memulakan marathon, yang terhegeh-hegeh macam jalan atas red karpet, yang couple tergedik-gedik macam tren tu diorang yang punya, yang menghadap phone, tablet dan macam-macam lagi la. Yang tengah makan BigMac pun aku pernah tengok. Macam tak tahu je dalam tren makanan tak dibenarkan. Lapar sangat kot. Yang pastinya semua menuju ke pintu keluar. Hari bekerja hari ni jarang tengok orang guna coin plastik. Ramai guna touch n go. Termasuk aku. Itu pun jem jugak. Tak paham aku.

"Lan, bege daging spesel satu. Mayonis lebih"
"Bereh boh"

Lan tokey bege ni memang dah biasa dengan aku. Dalam seminggu at least 2 kali aku beli bege kat dia. Malam-malam ni malas makan berat. Kat situ juga ada beberapa penjual bege yang lain. Tapi lepas survey semua, bege Lan ni memang terbaik dari ladang. Asal Pengkalan Chepa. Dulu datang KL kerja kedai makan. Dah cukup modal, bukak gerai bege sendiri.

Aku mengeluarkan Ipad dari beg sandangku. Seperti biasa, minda bawah sedar ku akan mencari ikon FB dulu. Hari ni takde apa-apa isu menarik. Timeline banyak dipenuhi perkara remeh macam biasa. Orang berdoa, orang luahkan perasaan, gamba selfie dgn pasangan, gamba makanan, gamba baby. Semua aku baca sekali lalu. Aku ni bukan jenis stalker atau suka menyibuk hal orang.

"Beh, bege siap"

Di tangan Lan terjinjing satu beg plastik yang berisi bege yang aku order tadi. Salah satu faktor aku suka beli kt Lan ni sebab dia pantas. Tak payah tunggu lama. Aku sorang-sorang ni malas tunggu lama. Kalo ada awek sampai subuh pun takpe. Awek? Tu citer 6 bulan lepas daa. Skang ni single n available. Bungkusan di tangan Lan bertukar ganti dengan 3 keping kertas berwarna biru yang bernilai RM 1.

Perjalanan diteruskan ke blok rumah aku. Takde la jauh sangat daripada stesen LRT. Jarak menapak yang optimum. Tak dekat sangat sampai tak sempat berpeluh, tak jauh sangat sampai kaki lenguh-lenguh. Memang sedap-sedap jarak. Jam menunjukkan pukul 10 malam. Parking kereta sudah mula penuh. Tindihan-tindihan parking sudah kelihatan. Masalah design rumah lama di KL ni. Parking tak cukup. Masa design dulu, 30 tahun lepas diorang kira 1 rumah satu parking. Sekarang nk satu rumah perlukan 3 atau 4 parking. Rumah flet kt KL ni kebanyakannya orang bujang menyewa ramai duduk.

Aku menjenguk kereta Toyota Corolla tahun 1996 milikku. Masih ada di tempatnya. Di saat para fresh grad berlumba-lumba membeli kereta baru yang mahal untuk ditayangkan pada family, saudara dan kawan-kawan, aku memilih untuk mebeli kereta lama. Cash. Aku beli kt mudah.my RM12, 000. Lepas tawar menawar dapat RM 9000. Itu pun sebab owner dah malas nak bela. Memang bargain. Kereta tiptop. Engine pun sedap. Yang penting cash. Bulan-bulan tak payah kacau gaji aku. Ofismate aku Malik bangga dulu beli Honda City siap Modulo body kit lagi. Bulan-bulan bayar RM 950. Lepas kawen tak cukup duit, tolak Honda City, beli Myvi 2nd hand. Kereta ni value makin turun. Rugi beli mahal-mahal.

Ketika aku hampir ke tangga blok aku, lampu jalan terpadam. Terkejut aku. Ingatkan black out. Mujurlah lampu blok masih menyala. Aku dah plan nak sambung tengok Game of Thrones. Kacau la kalau black out.
Tiba-tiba ada satu kelibat muncul depan aku. Tadi aku tengok depan aku takde sape2 pun. Dari mana pulak dia datang.

"Assalammualaikum" sapanya.

Aku pandang ke belakang. Takde sape2. Sah dia bagi salam kt aku.

"Waalaikumsalam"

Di hadapan aku berdiri seorang lelaki yang kelihatan agak tua. Hujung 50an barangkali. Memakai baju kemeja kosong bewarna kelabu, berseluar slack bewarna hitam. Di kepalanya ada kopiah bewarna putih.
Dia meghulurkan tangan untuk bersalam. Aku was-was, nak salam ke tak. Mana la tau dia nak pukau aku ke. Naya. Last-last aku salam jugak.

"Anak, pakcik dari pagi tadi tak makan pape. Anak ada tak dalam RM5. Pakcik lapar"

Kesian pulak aku tengok pakcik ni. Teringat pula kt arwah bapak aku. Aku seluk dalam poket. Aiseh, baru teringat, tinggal duit RM10 jek. Duit kecik dah abes. Dalam wallet pulak ada duit RM50 je. Baru cucuk duit kt masjid jamek tadi. Aku pun mengeluarkan sehelai not merah, lipat dua dan beri pada pakcik tersebut. Disebabkan tak sampai hati, aku bagi sekali bege aku.

"Terima kasih nak. Semoga Allah sahaja membalas jasa anak"
"InsyAllah pakcik. Takpela, saya sedekah"
"Anak, takde apa yang pakcik mampu berikan, cuma buku ini sahaja. Sudah puas buku ini berkelana dengan pakcik. Sudah sampai masanya pakcik serahkan pada orang lain untuk menjaganya"
"Err takpe pakcik, saya ikhlas...."
"Ambillah nak. Pakcik minta tolong anak terima buku ini"

Tangannya dari tadi menghulurkan sebuah buku kepadaku. Sekali tengok buku tu biasa sahaja. Bewarna hitam. Bersaiz macam novel-novel fiksyen. Agak tebal jugak. Kertasnya bewarna perang macam kertas yang digunakan di sekolah sekitar tahun 1990an. Walaupun agak kusam, tapi bindingnya masih kukuh. Perlahan-lahan aku terima buku tersebut. Tiada tajuk tertera di atasnya.

"Terima kasih nak. Semoga Allah membalas jasa anak dan pakcik harap anak baca buku ini. Assalammualaikum"

"Waalaikumsalam" jawabku kembali. Pakcik itu berlalu pergi. Aku membelek-belek buku tersebut. Aku mengalihkan pandangan ku semula ke arah pakcik tadi. Aik, dah hilang? Pakcik itu sudah hilang dari pandangan. Takkan baru sesaat dua hilang. Dia ada hikmat larian chitara ke apa.

Tiba-tiba lampu jalan menyala semula. Ketika itu baru aku teringat, malam ni malam Jumaat. Ah, sudah. Seram la pulak. Cepat-cepat aku berlari ke tangga blok. Menuju ke tingkat 3, bukak grill, bukak pintu. Tutup grill, tutup pintu.

Lega. Tiba-tiba aku cemas.....

-Bersambung part 2-

P/s: Tak larat tulis panjang2. Lagipun nnt korang tak larat nak baca. Hew hew hew.



0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List