04/02/2015

Again, slowpokes. Baru nak layan movie ni. Itu pun amik daripada member. Da lama aku nak tengok cerita ni sebab sinopsis dam trailer die menarik. Aku memang suka jenis cerita2 yang mindblown mcm ni. Menggalakkan untuk berfikir dan tertanya2 dari awal filem sampai habis. Yang penting kene ada plot twist. Kalo cerita tu linear bosan jugak. Mcm Guardian of The Galaxy. CGI ok, tapi linear.

Maze Runner ni bekisar tentang sekumpulan manusia yang dihantar ke satu kawasan terpencil. Mereka dikelilingi oleh Maze. Setiap pagi Maze tu terbuka, diorang akan explore. Diorang kene balik sebelum malam sebab Maze tu akan tertutup balik dan ada raksaksa. Sampai la suatu hari, hero dihantar ke tempat tu. Nama dia Thomas. Dia ada semangat ingin tahu yang kuat dan berani dan gila juga. Gila sebab terlebih berani.  Bayangkan, diorang dah duduk dalam tu lebih kurang 3 tahun still x jumpa jalan keluar. Thomas ni duduk 3 hari je dah jumpa jalan keluar. Nak tau mcm mana diorang keluar kene tengok sendiri la. Haha. Plot twist ialah apa yang berlaku lepas diorang keluar.

Pernah dgr tak orang cakap, kegagalan paling besar ialah gagal untuk mencuba. Kalo kita mencuba at least chance nk berjaya 50-50. Seseorang itu takkan maju selagi die tak keluar dari dia punya comfort zone. Dua2 quote ni memang sangat relate dlm filem ni sebab ada sikit konflik antara golongan comfort zoners dan golongan die trying. Sikit sebanyak korang bleh faham nape orang duduk 3 tahun still x jumpa jalan keluar tapi orang duduk 3 hari dah jumpa.

Macam tula kehidupan. Keep tryin. Dont give up. Kegagalan itu juga ialab bila kita berhenti mencuba. Overall, movie ni bagi aku terbaek. Nnt akan ada sequel. Hehe.

P/s: dari awal aku dah agak diorang ni semua tgh dieksperimen. Cuma nak tau eksperimen ape je. Hehe.


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe