08/02/2015

Sebelum ni aku dah declare feveret tv channel aku skang (selain bola) ialah History Channel. Hari2 ada feveret show aku mcm In Search of alien, Ancient Alien, Pawn Star, Counting Cars etc. Bila aku dah ter park kt channel ni memang tak buat la keje lain.

Baru2 ni aku tengok show baru, United Stuff of America. Episod minggu ni ialah pasal makanan. Teknologi makanan yang relate pasal makanan dgn america. Aku rasa menarik utk di share kt sini.

1. Microwave
Bermula dengan satu saintis yang tgh wat kajian pasal infrared pelik bila coklat dalam poket die asik cair walaupun dalam suhu bilik. Lepas tu baru die perasan tentang tindak balas infrared terhadap molekul air dalam makanan. Berdasarkan teori tersebut maka terciptalah microwave. Tp bentuk 1st microwave agak menakutkan.

2. Pizza
Masa perang dunia ke 2, askar US yg duduk kt Italy hari2 makan pizza. Bila perang tamat, diorng bawak balik resipi tu ke US. Pizza terus jadi popular sebab boleh dimakan di mana2. Tak payah pinggan or garfu. Orang boleh makan tepi jalan. Ada pelbagai variasi Pizza dibuat. So byk choice. Harga pun agak berpatutan. Sesuai dengan pekerja2 biasa.

3. Kotak Pizza
Industri pizza terus berkembang pesat. Nk terus bersaing kene sentiasa ada idea baru. Maka terciptalah idea Pizza Delivery. Problem delivery ni pada awalnya design kotak yang tak berkualiti dan tak sesuai untuk pizza. Kotak satu layer ni biasany akan lembik dan akan rosakkan pizza. Ada satu company ni terfikir cara improvement dengan mengupah company buat kotal fikir design kotak yang sesuai untuk pizza. Akhirnya terciptalah kotak pizza dual layer dan digunakan sampai hari ini. Ya, nama company tersebut ialah Domino.

4. Coklat bersalut gula.
Masalah utama coklat ni ialah cepat cair bila suhu bilik dan bila kita pegang. Coklat jadi melekit. Ada satu mamat ni nama dia Maurice pergi ke Spain pada 1930an di mana ketika itu sedang berlaku perang saudara. Di sana dia melihat askar di sana membawa coklat yang bersalut gula. Ianya tidak cair di tangan. So die balik US dan bekerja sama dengan anak saudara tokey Hersey's dan membuka kilang coklat bersalut gula yang juga dikenali sebagai M&M dan bisnes diorang kekal sampai skang. Tagline pertama diorang ialah 'Coklat Tidak Cair Di Tangan'

5. Trolli shopping
Pada suatu malam, ada pengurus pasar raya ni terfikir, macam mana nk improve cara orang bershopping di pasar raya dia. Last2 bila dia dapat idea bila tengoo desing kerusi die duduk. Just tambahkan roller, letak bakul kt tempat duduk dan tambah pemegang kt tempat sandar. Tadaa. Siap trolley. Pada mulanya idea ni trolley ni tak dapat sambutan sebab orang lelaki tengok mcm tak beberapa maskulin dan perempuan tgk mcm stroller baby. So pengurus tadi upah beberapa orang model utk demo guna trolley tu. Akhirnya idea tersebut semakin diterima. Kesannya pasar raya jadi makin besar sebab nk buat laluan trolley.

6. Roti potong
Asalnya roti potong yg kita beli tu tak dipotong. Dijual seketul. Bila nak makan kene potong sendiri. Then ada satu mamat ni terfikir kenapa kilang tak potong roti tu siap2. Senang nak masuk dalam toaster. Akhirnya selepas beberapa proposal, kilang terima idea tersebut dan roti potong dijual sampai sekarang.

7. Tin yang ada pembuka
Asalnya sume makanan yang dijual tin tak pin pembuka mcm hari ni. Nak makan kene bukak guna alat mcm penebuk. Pada suatu hari, ada seoranh designer ni dia pergi piknik sambil bawak beberapa makanan dalam tin. Malangya dia tak bawa pembuka. Bila balik rumah dia terfikir, kenapa tak buat tin yang ada pembuka sendiri? Dipendekkan cerita selepas tu dia berjaya mencipta tin yang ada pembuka dan idea tu kekal sampai sekarang.

Ada lagi beberapa bende dia tunjukkan. Memang menarik bila tahu pasal sejarah awal sesuatu bende yang kita nampak simple dalam hidup kita hari2. Pape pun, kebanyakan idea ni sebenarnya untuk memudahkan askar2 ketika perang duania kedua. Selain itu just improvise design yang sedia ada. Masalah wujud untuk diselesaikan. Disebabkan ada masalah dan ada orang yang befikir untuk solve kannya, maka berlakulah inovasi yang nampak simple tapi kekal berdekad2.

P/s: untuk kekal relevan dalam persaingan, idea baru sentiasa diperlukan.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe