18/04/2015

Sejak dilancarkan pada September tahun lepas, Axia terus jadi macam goreng pisang panas. Ada satu masa tu jumlah tempahan sampai 50,000 unit. Mana taknya, mana nak dapat kereta baru auto RM33k. Viva dulu pun lagi mahal. Khabarnya Axia ni jimat minyak dan kereta pertama yang mendapat pengiktirafan EEV. Betol ke Axia ni jimat minyak seperti yang dikhabarkan?

Sebelum ni aku memang dah usha kat showroom Perodua. Yup kereta ni memang terlalu basic. Boleh dikatakan setakat cukup syarat. Sesuai dengan harga. Cuma nak kata imej kereta murah pun tak jugak, nak kata kereta feel premium memang impossible. Ada la certain trick yang Perodua buat utk mengurangkan imej kereta murah seperti design meter, stereng, plastic finisning kat dashboard, door trim yang aku rasa sebenarnya not bad. Cuma paling kelakar die punye radio. Utk yang bukan touch screen variant, daripada design macam tu, baik just guna radio konvensional macam kereta-kereta lama. Orang nak tukar kat kedai pun senang. Ruang yang besar tu boleh dijadikan tempat letak barang. Design pun aku tengok macam pelik je. Yang lain bagi aku ok la, sbb aku set dalam kepala, "Kereta mampu milik". Expectation tak boleh tinggi sangat.

Cakap pasal penjimatan minyak, apa yang kita boleh nampak kat sini, Axia menggunakan engine baru. Dibuat daripada aluminum. Lagi ringan daripada enjin viva sebelum ni. Berapa kilo ringan aku tak ingat. Advantage dari segi weight reduction. Kedua bila aku tgk tyre pressure spec kat tepi tempat duduk pemandu, aku agak terkejut sebab tyre pressure agak tinggi. 250kPa. Kereta lain sekitar 210~220kpa. Saiz tayar sama mcam Mungkin tyre pressure tinggi digunakan untuk mengurangkan rolling resistance untuk jimat minyak. Con kat sini ialah maybe akan affect braking performance. Tapi aku rasa sure Perodua tak consider bende2 camni. Nak paham rolling resistance ni senang je, ibarat kayuh basikal dengan tayar keras vs kayuh basikal dengan tayar pancit. Mana lagi penat? Sama jugak kereta.

Bulan lepas, baru aku dapat peluang drive Axia. Engine 3 silinder tak balance. Maka gegaran sudah dapat dirasai sebaik sahaja menghidupkan enjin. Agak ketara dan menyebabkan start ability tu feel agak kasar. Cuma rpm flare agak rendah. Bawah 1500rpm. Seperti kereta perodua lain, geagaran dan noise boleh kedengaran sewaktu a/c compressor on. Dapat dilihat dengan ketara di tachometer rpm berubah sekitar 200rpm. Sewaktu idle juga aircond rasa macam tak sejuk walaupun bukak fan speed 2. Kene bukak 3 baru rasa. Bergantung kepada definisi 'sejuk' masing2. Bunyi engine noise intrusion juga jelas kedengaran. Tapi bukan dalam frekuensi yang menyenangkan. Bagi aku acceptable. Mungkin orang biasa bawak kereta mahal akan rasa agak mengganggu.

Untuk driving, accelerator pedal (A-Pedal) Axia agak sensitif. Bila pedal stroke melebihi 40% (agak2) engine rpm terus overshoot ke 5000rpm. Sebaik sahaja A-pedal dilepaskan, rpm terus drop ke area sekitar 1500~2000rpm di bawah. Pedal sensitif ni memerlukan kaki yang sensitif juga supaya kekerapan rpm overshoot tidak berlaku secara kerap kerana mungkin akan menyebabkan keselesaan itu kurang. Walaupun rpm dah overshoot ke 5000rpm, tapi kereta still rasa 'tak pergi' or sluggish. Aku rasa Viva lebih better. Ok, kereta fuel consumption. of course akan sacarifice performance unless, guna engitn direct injection. Ini pun sesuatu yang driver kene accept. Tak boleh la beli kereta murah, tapi expect performance macam kereta tak murah. Bagi aku, apa yang perodua bagi ni sebenarnya fair n square. 

Bende lain yang aku perasan, masa nak start jalan or take off, korang boleh rasa kereta macam 'menggigil'seketika. Rasa menggigil juga boleh dirasa masa brek, bila kereta dah hampir berhenti. Bukan brake judder, tapi rasa menggigil ni memang datang dari engine. Axia ni sebenarnya sedap dipandu 60km/h ke bawah. Lebih 60km/h korang boleh rasa kelemauannya. Ye, memang ada Axia yang mendesup atas highway, tapi rpm memang akan tinggi 4000 ke atas di mana, FC, akan jadi lagi worse berbanding Viva. Untuk memotong di jalan kampung yang satu lane, better korang timing betul sebab memang rasa kurang selamat kalo pakai D. Nak lagi konfiden, guna '3'. Untuk cruising, pada speed 100km/h rpm stay kat 2800rpm. Tapi aku rasa 100km/h tu atas meter, dari segi feeling aku rasa sebenarnya macam 90km/h. Meter always lied.

Brake power bagi ok, early bite tak terlalu mencengkam dan brake build up pun just so-so. Aku rasa improve daripada viva. Steereng nampak improve berbanding Myvi lagi Best. Ringan pada low speed. High speed feel berat tu ada, tapi rasa macam tak cukup. Untuk steering feeling bagi aku linear dengan sensitivi yang mudah dikawal.

Akhir kata, Axia ni memang direka untuk kereta harian pergi dan balik kerja. Kalo untuk jalan jauh or balik kampung jauh2 bukan tak boleh, tapi kene accept la dengan kekurangannya. Bayar murah, inilah yang dapat. Tapi kalo driving dalam bandar memang King. Drive bawah 60km/h memang sedap. Lebih, lemau. Tips nak senang jimat minyak, ikut je ECO indicator kat meter. 

Ok, tu je kot. Oh ye, khabarnya Axia kini telah menerima 100k tempahan. Wow!
















1 comments:

  1. Pengisian yg amat terperinci. Keep it up

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe