18/04/2015


Kama Remiser: 
En Salleh, SKPETRO hari ni T4. Kalo boleh buang sebelum pukul 4 kalau tak nak pickup.Tq.

Message whatsapp yang baru aku terima itu mula membuatkan aku berpeluh. Remiser jarang send message kecuali untuk ingatkan yang hari itu T4 atau duit untuk pikap saham tak cukup, kene topup. Aku memang tahu hari ni T4 untuk saham SKPETRO. Ni kalo aku jual ni bukan sikit rugi. Dekat RM2000 jugak. Dah la cash takde dalam tangan. Takkan nak korek unit trust lagi kot. Bulan lepas baru korek RM2000. Dah la dalam tu duit tak banyak. Rasanya tinggal lagi RM3000 kot.

Salah aku jugak. Ok, ada dua. Pertama, percaya cakap orang bulat-bulat. Tak study dulu graf. Din la ni suruh beli saham SKPETRO. Aku check kat i3investor, target price boleh up sampai 30%. Ape lagi, aku terus la beli 10,000 unit. Satu unit RM 2.46. Masa hari beli tu dia naik sampai RM 2.50. Lepas tu, esoknya T1, T2,T3 terus turun sampai hari ni T4 RM 2.26. Mampuih. Aku whatsapp Din.

Aku: 
Ape kes ni, SKPETRO drop 20 sen. Masak aku nak bayar ni.
Din:
Memang die akan naik, tapi tak tau bila. Boleh jadi sebulan, or 2 bulan. Lagipun aku tak tau ko main kontra. Aku main pikap. Memang tak kisah.

Ah sudah. Kalo main pikap memang tak kisah pun tunggu berapa lama. Satu lagi silap aku, nak mian kontra, tapi tamak. Aku ingat lagi 2 bulan lepas, masa aku baru mula belajar main saham, member aku dah ingatkan aku:

"Nak main saham ni emosi kene stabil bro. Saham ni naik turun. Jangan panik. Kalo panik tengok warna merah, elok jangan main. Paling penting bro, jangan tamak. Amik untung 10% pun dah cukup. Sebab kita tak tahu bila da naik mencanak, bila dia menjunam"

Sekarang baru aku faham. Rasa nyesal pun ada. Skang dah pukul 11pagi. Bape jam je lagi ni. Mataku terus terpaku kepada tulisan bewarna Cyan yang bertulis SKPETRO di skrin Samsung S4 milikku. Warnanya masih merah. Merah sebenarnya warna kegemaranku, Cuma waktu ni ia menjadi warna yang mebuatkan aku tension. "Tolonglah naik, tolong lah naik" hanya itu yang bermain dalam kepalaku. Hal kerja langsung dah tak fikir. Apa nak jadi, jadik la.

Mujurlah hari jumaat ni Kucing (boss) cuti. Apa lagi tikus (kuli) macam kitorang ni berleluasa la. Arman, pukul 10 tadi dah ghaib. Balik rumah kot. Ina dengan Nurul tadi ada, skang dah takde. Pergi shopping la tu. Aku ada dengar2 tadi diorang cakap ada sale kat Jakel tadi. Tinggal aku dengan Halim je dalam ofis ni. Dia pun nampak khusyuk je pandang monitor. Baca manga kot. Mamat ni otaku sket. Sebab tu dah 32 pun tak kahwin lagi.

Tiba-tiba, tulisan SKPETRO menjadi warna putih. Bermakna dah mencapai harga pembukaan hari ini. RM 2.30 Aku kira-kira, still losses sekitar RM1600. Banyak jugak tu, Aku harap dia boleh naik sampai RM 2.36. At least aku cuma rugi RM 1000 je. Lagi ok daripada rugi RM 2000. Harga RM 2.36 maintain sampai Bursa sesi pertama tamat pukul 12.30 ptg. Aku dah set order nak jual pada RM 2.40. Losses RM 600 tu kira ok lagi la tu. Boleh guna akaun 2 EPF nanti.

Memang hari ni sepanjang solat jumaat aku tak henti2 berdoa supaya harga naik ke RM 2.40. Tak pernah aku secuak begini. Baru berangan nak makan duit 30% untung, tak pasal2 pulak harga drop. Banyak pulak tu. Hari ni  aku tak seleara makan. Duit lunch tu aku derma kat tabung masjid. Orang tua-tua cakap, kalo kita hendak menerima, kita kene memberi dulu. Imam baca khutbah pun aku layan. Selalu aku tak layan sebab tidur. Bezanya hari ni aku sedar, tapi still tak layan. Risau harga tak sampai RM 2.40. Kalau boleh cecah RM 2.46 lagi bagus. Tapi, Impossibruuu!

Lepas solat, aku terus balik ofis. Tak pergi makan cendol dan rojak Karim macam biasa. Takde mood. Adat la trading saham ni, ada untung ada rugi. Sebelum ni pun aku cuma rugi dalam puluh-puluh ringgit je. Paling besar pun RM 110. Tu pun sebab dengar cakap orang lagi. Jam sekarang pukul 2.20 petang. Lagi 10 minit sebelum sesi kedua bermula. Aku tengok, best buy price skang RM 2.38. Aku semakin berdebar-debar. Rasanya macam boleh cecah je RM 2.40 ni. Silap2 RM 2.46 pun boleh dapat ni.

Aku menjadi semakin lega bila last price kini RM 2.38 selepas 10 minit sesi kedua bermula. Sikit sebanyak kegusaran aku mula hilang. Harapan mula kembali. Terasa darah mengalir semula di dalam pembuluh darah badanku. Namun kelegaanku tidak lama apabila harga tersebut tidak bergerak. Pukul 3, maintain. Pukul 3.30 still maintain. Peluh dingin kini kembali mengalir di tengkuk ku. Ah sudah, Kalau harga kekal macam ni, RM800 terbang. Nak kene Q untuk jual RM 3.80 pun satu hal lagi. Buatnya tibe2 dia jatuh balik RM 2.36 kang  nk kene tukar order lagi.

Tak boleh jadi ni. Jual jela RM 2.38 sebelum dia jatuh balik RM 2.36. Baru je aku nak klik button 'Order Status', tiba last price berubah ke RM 2.40. Yess!! Aku menggenggam tanganku dan menyiku ke bawah. Akhirnya. Penantian yang mendebarkan. Jam menunjukkan pukul 3.52 petang. Selepas seminit, aku periksa semula 'Order Status'. Status yang tadinya 'Order Confirmed' telah bertukar kepada 'All matched'. Bermakna saham telah berjaya dijual. Ya Allah, lega rasanya. Dari pagi aku tunggu. Rugi tetap rugi, tapi orang cakap, biar rugi sikit daripada rugi banyak.

Aku bangun dan meninggalkan meja ku. Rasa lapar la pulak. Tak lunch tadi memang la lapar. Aku ke pantry. Nasib baik ada orang jual Maggi Cup. Lepas masukkan duit dalam tabung plastik macam balang kuih raya, aku memilih maggi perisa kari. Aku tak beberapa gemar perisa ayam atau tomyam. Tapi kalau kari takde, aku belasah je.

Aroma kari mula menusuk hidung sebaik sahaja serbuk kari ku tuangkan ke dalam cawan yang kini dipenuhi oleh air panas menggelegak yang diambil dari mesin air Coway yang disediakan oleh ofis. Selepas menggaul2kan serbuk kari tadi, cawan ditutup oleh penutup aluminium di atasnya. Nak bagi masak la kononnya. Aku menyeluk handphone milikku. Kene bagitau remiser yang aku dah jual. Bukannya apa, diorang ni banyak client. Takut diorang terlepas pandang.

Aku:
En Kama, saya dah dah jual SKPETRO. Nanti kira berapa losses, lepas tu saya topup.

Maggi pun dah cukup kembang. Asap berkepul-kepul keluar ketika aku membuka lapisan aluminum yang menutup cawan tadi. Maggi kugaulkan dengan garfu plastik yang dapat percuma dalam cawan. Garfu dimasukkan ke dalam cawan, kemudian aku memutarkan garfu seolah-olah makan spaghetti. Setelah cukup tebal, aku mula mengangkat garfu dan meniup-niup maggi yang panas sebelum disuapkan ke dalam mulut. Suap demi suap, akhirnya kini tinggal kuah sahaja. Itupun aku habiskan juga macam minum air. Lapar punya pasal. Sebaik sahaja cawan itu dikosongkan, handphone ku vibrate. Message daripada remiser

Kama Remiser:
En salleh, saya tengok dalam sistem still tak jual lagi. Cuba cek balik.

Berderau darah aku bila baca message Encik kama. Aku terus memeriksa kesahihan info encik Kama tadi. Baru aku perasan, rupanya aku punya order tu sebenarnya 'Buy' bukan 'Sell' Alamak, macam mana tak perasan ni..... Mampus. Dari pagi tadi aku tak sedar. Lagi buat aku down kini last price SKPETRO RM 2.36. Jam dah pukul 4.45 petang. Nak tak nak aku kene jual jugak harga ni. Kalo remiser jualkan nanti caj dah lain. Dengan pasrahnya, aku terpaksa menjual pada harga RM 2.36. Nasib baik cepat je "All Matched". Kalau tak lagi haru.

Nak tak nak, Isnin nanti aku terpaksa lari kejap ke ofis CWA unit trust kat Damansara nak korek lagi RM1000, sambil memikirkan tentang nasib next 10,000 unit SKPETRO yang aku terbeli RM 2.40 hari ni. Kalau next week harga naik takpe la. Kalau turun lagi macam mana? Mau kosong unit trust ni nanti.

Memang kene buat solat hajat banyak2 la malam ni dan sabtu ahad supaya harga naik.

P/s: Syok woo main saham ni. Time naik syok la. Time jatuh, menggigil. Especially yang main contra guna kredit limit.






0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe