03/04/2015


Haih, bulan lepas takde satu post pun. Fail betul. Ada benda nak ditulis, cuma tak sampai ke keyboard. Cuma berlegar2 di dalam sel-sel otak yang agak dah well connected. Haha. Anyway, Buku Misteri Part 2 tu akan disambung. Tak syok la kan citer separuh jalan. Cuma mungkin aku akan break sikit dengan post pasal beberapa kereta yang aku sempat test drive dalam masa sebulan ni dan ulasan beberapa buku yang aku sempat abes baca.

1 April 2015 akan diingati oleh rakyat Malaysia sebagai hari GST di mana bermulalah era GST yang akan menggantikan SST sebelum ini. Kalau mengikut iklan2 murni yang ditayangkan sebelum ini, katanya banyak barang akan turun harga lepas GST, tapi kenapa tidak berlaku tapi makin mahal adela. Ok, citernye lebih kurang macam ni.

Barang sebelum ni, ianya telah dikenakan SST total kalo tak silap 16%. Bila kerajaan kata GST akan gantikan SST, bermakna harga barang yang dijual sebelum ni, perlulah ditolak terlebih dahulu dengan nilai yang dikenakan SST sebelum ni. Lepas dah tolak dengan SST barulah boleh dikenakan GST, sebab tu idea GST ni betul, barang akan jadi lebih murah.

Contohnya, katalah harga sesuatu barang tu:

Masa SST (Sebelum zaman GST): RM10
Maka tanpa SST (16%): RM 8.40
Oleh itu, dengan GST, harga akan jadi: RM 8.90. Lagi murah daaripada zaman SST

Begitulah sepatutnya yang berlaku secara idealnya, tapi realitinya, dah la barang tu still harga SST, then ditambah pula dengan GST, so total tax yang dikenakan sebenarnya ialah 22%! Gila. Tak tahulah sama ada peniaga tak faham sebab penerangan macam shit, or peniaga paham, tapi main sebat je. or mungkin dengan alasan, ni harga lama.

GST ni secara idealnya bagus, cuma kene tak sesuai lagi dengan keadaan negara kita yang

a) Kerajaan korup, songlap duit, membazir. Guna GST utk cover hutang.
b) Pemahaman rakyat tentang GST esp peniaga, pembekal, pemborong still lemah.
c) Pendapatan rakyat yang stakat cukup2 makan or tak cukup disebabkan pesta harga barang naik yang nampaknya still endless.

Ok, setakat ini sahaja, akhir kata "Bersama Membangun Bersama GST!"
Ranjauuuuu.

P/S: Sape yang belum kawen sebelum GST abes la. Haha

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe