18/04/2015

Sebenarnya aku dah lama nak pergi Pulau Redang. Ramai yang dah pergi cakap best. Pulau cantik, air crystal clear, permandangan cantik, tempat snorkling best and the list goes on. Akhirnya masa pergi MATTA fair bulan 3 ari tu, aku decide nak pergi Pulau Redang pulak kali ni. Bajet pun tak beberapa besar, kira Pulau Redang ni matched dgn bajet.

Ada banyak pakej percutian dan offer kat MATTA fair untuk ke Pulau Redang sebab kat sana memang banyak resort dan chalet. Ada yang mahal dan ada yang murah. Untuk fair bulan March aritu, semua promoter akan cakap, "Abang kalo boleh bayar full payment sebelum bulan 4. Lepas bulan 4 nanti kene GST". Pakej pelancongan sekarang pun dah berubah Lepas bayar full payment, korang boleh pilih mana2 tarikh yang korang nak dalam tempoh setahun. So ikut masa korang la nak pergi bila. Yang penting slot korang da ada.

Pakej yang paling murah, jap paling value for money ialah RM320.katanya sebab MATTA fair. Kalo harga biasa dalam RM380. Pakej 3D2N korang akan dapat 2 breakfast, 2 evening tea, 2 lunch, 1 dinner, 1 bbq. Makan memang complete. Dapat 3 sesi snorkling. Cuma perlu sewa alat snorkling je, RM 20. Chalet ada aircond. Chalet yang aku amik ni kat Redang Lagoon. Ada banyak chalet n resort kat situ. Boleh pilih ikut bajet masing2. Make sure value for money.

Dulu masa pergi Pulau Kapas, aku drive dari KL. 7 Jam. Sampai kat Pualu dah barai. Kene tido kat chalet. Kali ni aku decide naik bas. Sani Express yang VIP punye. Tiket RM50. Aku tak sure mahal or murah, tapi bas memang selesa. Sekarang ni LPT2 pun dah siap. Dari KL ke KT amik masa just 6~7 jam je. Itu pun bas tu bawak ikut speed limit. Kalo aku drive sendiri mungkin 5 jam boleh sampai kot.

Bas sampai KT pukul 5.30 pagi. Lepas tu singgah masjid dulu solat Subuh. Tak jauh pun. Dalam 200 meter jalan kaki. Dari masjid nak ke Jeti Syahbandar pun tak jauh. Dalam 500m berjalan. Disebabkan bot ke Redang sampai pukul 9, boleh pergi breakfast dulu kat pasar Payang. Ada kedai makan kat tingkat atas.

Aku pergi hari khamis. Bukan weekend, tapi orang agak ramai juga. Nak beratur naik bot pun boleh tahan lama. Ok, trik dia kat sini, korang jangan masuk awal2 sebab nnt kene duduk bawah. pening sket. Lagipun beg kene kumpul setempat dalam bot tu. Kalo korang masuk awal, nanti beg korang kene tindih. Bila sampai Pulau nanti, kalo beg korang kat atas senang sikit nak amik. Kalo beg korang akt bawah, nanti kene tunggu. Satu lagi sebelum naik bot, korang dah boleh tukar pakai selipar sebab nnt masa sampai Pulau korang kene transfer ke bot lain sebelum diturunkan kat tepi pantai. Ada chalet yang ada jetty, ada yang takde. Yang takde ni korang kene turun tepi pantai. Nasib korang la kalo kasut kene air. Nak selamat, pakai selipar. Nanti kat tepi pantai ada wakil chalet/resort tunggu dgn kenderaan diorang. Boleh naik kalo malas jalan. Of coz la malas. Haha.

The moment korang keluar dari bot bila sampai pulau, korang akan rasa excited bila tengok laut yang membiru dan pasir putih bersih. Permandangan pulau yang dijaga dengan baik. Rasa macam nak terjun je dalam air. Mabuk laut dan keletihan perjalanan tu macam hilang bila sampai.

Lepas check in, korang boleh terus lunch. Aku check in pukul 11.30am. Kalo korang naik bot dari jetty pukul 9.30 memang akan sampai dalam masa ni. Ya, 2 jam duduk dalam bot. Sape yang tak tahan tu, plastik ada disediakan untuk keluarkan isi perut. Haha.

1st snorkling session pukul 2.30 ptg. Perlatan boleh sewa kat situ. RM20 utk selama korang berada kat atas pulau. Sesi kedua esok pagi, pukul 9.30, sesi ketiga, esok petang pukul 2.30 jugak. Ada 3 tempat akan dibawa, laut lepas, marine park dan area sebelah marine park. Kat marine park n sebelah marine park memang mudah untuk snorkling. Ombak tak kuat dan dilakukan tepi2 pantai. Memang selamat dan mudah. Yang laut lepas ni agak mencabar sebab ada ombak. Rasa tak konfiden, dok atas bot jela. Utk beginner or newbies, better korang berlatih dulu kat tepi2 pantai macam mana nak pakai safety vest n nak guna kan alat snorkling. Once korang dah tau trik die, memang piece of cake. Boleh google jika perlu. Rugi woo tak snorkling. Syok. Lepas habes snorkling, korang bleh minum petang. Lepas tu aktiviti free n easy. Boleh la jalan2 tepi pantai or mandi manda. Pantai memang A.

Malam pukul 7 dah start dinner or bbq. Ikut pakej yang korang amik. Makan memang banyak, Jangan tamak, nanti ke tong sampah la jawabnya. Lepas makan boleh la nak lepak area chalet atau jalan2 tepi pantai menikmati udara malam. Suasana malam ni memang hidup. Ada banyak tempat buat live band. Penyanyi die pun nak bad. Yang buat mini clubbing pun ada. Tak sesuai bawak budak2 tengok. Boleh dikatakan kat sini malam memang meriah. Ramai orang jalan2 tepi pantai. Kerusi2 malas dan gazebo pun banyak, duduk jela man2 sambil melihat bintang-bintang bertaburan di langit malam. Rugi sapa datang sini tapi tido awal.

Esok harinya, pukul 7 dah boleh breakfast dan rutin sama macam semalam. Kalo korang malas nak pergi snorkling, lepak jela. Tapi rugi. At least naik la bot. Boleh jalan2. Lupa nak cakap, kat situ juga ada disediakan tempat sewa kamera underwater. Murah je. RM30. Kene pulangkan sebelum 6 petang. Sambil snorkling tu boleh la amik gamba bawah air. Kedaiserbaneka pun ada kat atas pulau. Cuma harga mahal sket.

Environment Redang ni aku suka. Cukup relax dan menenangkan. Kalo nak bercuti dengan family sesuai sgt. Sebab chalet yang aku duduk ni memang feel dia macam duduk kampung. Ada gazebo, ada buaian, ada tempat tidur jaring, ada kerusi relax. Belah petang tak ngadap matahari, so pantai jadi redup. Nak main bola or volleyball pun bleh. Mintak je. Sebab tu pergi ramai2 baru syok. Rasa macam nak amik cuti sebulan duduk kat sini. Tenang je rasanya.

Hari ketiga nak balik nanti pun sama, tak payah pakai kasut dulu, pakai selipar. Nanti nak naik bot kene ikut pantai. Pakai kasut memang basah la. Sama jugak, tak payah kalut naik awal2. Nanti nak keluar susah. Semua dapat naik, tempat memang cukup. Cuma bot sampai dalam pukul 11.30. Lepas breakfast tu sempat lagi kalo nak mandi or jalan2.

Begitulah sedikit sebanyak. Memang aku puas hati dengan tempat ni. Next year kalo bajet tak cukup, susah2 pergi sini jela. Ingat next year nak g Sabah pulak. Tengok la macam mana. Ok, itu saja.

P/s: Kalo tak nak sewa kamera, beli je bag plastik kalis air kat lowyat. Murah je, baru RM10. Ramai aku tengok ada benda tu.















7 comments:

  1. Salam...

    Saya sedang cari maklumat mengenai Pulau Redang dan juga Redang Lagoon Resort, terjumpa pula blog ni. Nak tumpang bertanya, di pulau redang tu, ada tak service untuk snorkeling sahaja. Maksud saya tak ambil resort pakej, just sewa bilik jer pastu cari pakej snorkeling sendiri.
    Bulan 3 lepas saya ada ke perhentian buat pertama kali. Tak ada pengalaman, kami ambil full pakej 3D2N. Agak mahal juga pakejnya hampir RM900 untuk dua orang. Bila sampai sana, rasa rugi sangat sebab harga charlet yang saya sewa tu, satu malam tak sampai RM100 dan di tepi-tepi pantai banyak stall yang offer pakej snorkeling sahaja. Paling mahal pun pakejnya tak sampai RM50 seorang.
    Macam mana pula kat Redang yer? Boleh bagi tips, lebih elok ambil pakej atau tak.
    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. Salam Ummi,

    Kalau kita tak pergi sana tanpa pakej pun boleh. Setakat bawa family, sewa chalet, lepak tepi pantai, memang ada. Cuma sbnrnya lagi jimat kalo pergi dengan pakej sebab die dah kira semua skali termasuk bot pergi balik. Kebetulan masa saya sampai, ada foreginer baru nak check in, die jenis walk in, sume kene bayar asing2, macam bilik, bot, snorkling,. Secara kasar, saya kira macam lagi mahal berbanding pakej. Pape pun snorkling tu tak wajib. Kalo tak join pun takpe. Tapi kebanyakn kawan saya yang tak reti snorkling just naik je bot untuk tengok permandangan jalan2 keliling pulau. Alang2 da sampai kan?

    OK, sejujurnya Ummi bole cuba la telefon chalet2 kat sana, just google je, tanya tentang harga mana yang lagi jimat, cuma saya rasa la, harga pakej lagi jimat. Tapi mungkin la ada pakej lain macam pakej untuk santai2 je kan?

    ReplyDelete
  3. Kalu nk pekej ke pulau redang bole call saya .0179799773. Saya ade lah runner utk beberape resort/chelet pulau2 kt terengganu.juga untuk tasik/tmpat2 menarik sekitar kuala terengganu

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. assalam,

    sy pun nak tanya berkenaan dgn trip pg redang ni.. berapa ye total bajet awk pg sana? and stesen bus dgn jetty semua mmg walking distance eh?

    ReplyDelete
  7. Wasalam,

    Saya beli pakej masa MATTA Fair, Masa tu pakej sorang RM 420. Pakej:

    1) Tiket bot pergi balik dari jetty syahbandar.
    2) Accomodation 3 hari 2 malam.
    3) Breakfast, Lunch, Dinner (BBQ)
    4) 3 snorkeling session.

    Beli pakej murah. Kalo pergi walk in mahal. So tunggu next Matta Fair utk value price.

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe