16/04/2015

Ok, novel ni aku dapat daripada seorang member. Aku tak tau kenapa dia bagi aku. Mungkin sebab dia jenis sorang yang takut hantu. Bese la perempuan. Tgk cerita hantu berani, bila malam cuak. Haha.

Sblm ni aku da selalu nampak novel ni kt MPH. Tapi tak terfikir nak beli pun sebab aku kurg gemar cerita hantu. Bukan sebab takut, tapi plot die selalunya typical. Sama ada balas dendam, buat perjanjian dengan syaitan or watak dalam cerita tu gila. Cuma ada la jugak aku belek2 sebab tajuk die agak unik dan buku yang simple. Lepas tu letak balik.

Orang dah bagi, aku pum baca la. Lagipun font buku ni agak besar. Aku assume ceritanya pendek. Sengaja guna font besar n banyak space kosong sebab nak banyakkan page. Aku rasa baca dalam sejam dua boleh habes ni kalo non stop baca.

Lepas aku baca, bagi aku cerita dia agak not bad. Nak kata typical sgt pun tak jugak. Nak kata unik pun tak jugak. Utk level seram tu, aku rasa stakat suam2 kuku jela. Tak beberapa seram. Setakat nak masuk dalam Selangkah Ke Alam Misteri kartunis Bawang or Bedtime Stories kartunis Lambok memang sgt sesuai la. Misteri dalam jalan cerita tu ada. Akan buatkan korang tertanya dan nak tau apa yang berlaku sebenarnya. Itu membuatkan korang akan terus selak ke next page. Seperti jangkaan aku, endingnya adalah salah satu template cerita seram yang aku mention kt atas.

Utk penggemar sci fiction dan detective story, novel ni tak berbaloi utk aku beli, tapi utk sesiapa yang penggemar cerita angker yg ringan dan seram suam2 kuku, ok, ngam.

Ok, sekian.

P/s: Kenapa hantu boleh terbang tapi manusia tak boleh?

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe