25/05/2015


Semalam merupakan game terakhir untuk EPL musim 2014/15. Lepas ni akan rehat selama 3 bulan. Musim 2015/16 akan bermula sekitar pertengahan bulan August. Maka dengan ini aku rasa ini lah masa yang sesuai untuk terminate Astro yang secara konsisten membuli pelanggannya. Mungkin lepas ni aku akan terminate dan masukkan Unifi.

Asto sekarang makin teruk. Siaran ulangan terlalu banyak. Selain daripada event Live, yang lain semua macam ulangan. Rancagan kegemaran aku macam Ancient Alien, Pawn Star, Storage Wars skang ni dah banyak yang ulangan. Kalau movie pulak, banyak movie lama yang aku rasa dah beratus kali ulang kat Astro terutamanya Transformers. Dah muak aku tengok. Yang paling cilaka sekali, makin banyak pulak iklan berbayar. Dah la kita bayar supaya takde iklan, tapi die masukkan jugak iklan.

Then carge yang makin melampau2. GST la, bayar lambat kene caj la. Nak sambung balik pun kene caj la. Memang cilake makan sedut duit. Lagipun aku bukan tengok sangat pun tv kecuali bola n running man. Running man pun  membe ada download. Tak payah tgk takpe. Mungkin lepas ni aku amik Njoi kot. Just topup je masa ada bola. Jimat sket. Bukan hari2 pun ada bola. Lagipun apa susah, nak tengok bola g jela mamak. Order air baru bape sen je.

Skang ni cost hidup makin tinggi, aku memang cadangkan sangat, terminate je la astro tu. Tak mati pun. Layan internet lagi bagus.

P/S: Berbelanjalah dengan bijak

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers