29/05/2015


Siapa tak nak jadi jutawan? Semua orang nak jadi jutawan. Apa agaknya kriteria nak jadi jutawan? Adakah ada duit satu juta baru dikira jutawan? Kat media sosial, penuh dengan pelbagai seminar untuk jadi jutawan. Rahsia Jutawan la, Bagaimana ingin menjadi jutawan la, Mari Hidup sebagai Jutawan la, bla bla bla. Bayaran boleh aku katakan agak mahal setakat perkhidmatan jual air liur je. Kadang-kadang aku pun wonder jugak, orang yang buat seminar ni dia dah level jutawan ke? Cuma aku teringat kata-kata seseorang, orang yang betul-betul kaya ni biasanya dia senyap-senyap je. Orang yang tak kaya ni je yang selalu sembang lebih. Kalo aku jutawan pun, aku takkan sembang yang aku jutawan, cukup la cakap, ada la duit sikit-sikit. Bahaya kalau orang tahu kita jutawan.

Ok, andai kata kriteria jutawan tu tak amik kira currency, pergi lah ke zimbabwe dan dengan sekelip mata korang akan bergelar jutawan. Rasa tak puas lagi, boleh la jadi billionaire. Lol

P/s: Punya la teruk currency diorang sampai nak tukar matawang pun kene timbang. Gile arhh..



2 comments:

  1. assalamualaikum,
    huhuhuhuhu kalau banyak sangat kena pikul duit cenggitu, payah juga. nak nyorok dari penyamun pun tak dapat :D

    ReplyDelete
  2. Kene rompak guna lori. lol

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers