27/05/2015


Kalau ada somebody tanya aku kat luar, pasal buku ni, aku akan jawab secara ringkas, "Buku ni penuh dengan orang sakit". Ok, tapi temanya ialah cinta. Aku rasalah sebab memang obvious hero dan heroin bercinta. Cuma cintanya tak tipikal macam dalam novel dan drama melayu yang sering merosakkan minda anak-anak gadis kita kebelakangan ini. Kisah cintanya agak tragik, tapi tak sampai meleleh air mata. Boleh aku katakan ianya tentang harapan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

Buku ini membawa kita ke sisi lain dari point of view orang sakit. Tentang hak mereka untuk bercinta dan menikmati kehidupan seperti orang normal. Of course, kita semua manusia yang hanya hidup sementara di atas planet ini. Jika korang nak baca cerita tentang orang sakit tapi dalam tona yang lebih remaja, inilah bukunya. Membuatkan aku terfikir, bila bercerita tentang orang sakit, tak semestinya cerita tentang kesedihan dan keputus asa an dalam hidup, tapi sebenarnya ianya salah satu cara untuk beri harapan semangat untuk mereka.

Banyak benda trivia di highlight kan dalam buku ni menunjukkan penulisnya seorang yang banyak membaca benda2 yang menarik. Sebab tu penulisan dia berjaya mengikat aku untuk membaca sampai habis. Secara jujurnya storyline buku ni not my taste, tapi gaya penulisan dia yang menarik membuatkan aku meneruskan bacaan dari satu page ke satu page seterusnya.

Ok, The Fault In Our Stars aka Tertulis Di Bintang-Bintang (FIXI) menceritakan tentang kisah hidup Hazel Grace yang menghidap sakit paru-paru dan terpaksa hidup bersama tangki oksigen sepanjang hayat dan kekasihnya Augustus Waters yang menghidap kanser dan kaki sebelah yang dipotong. Kawan diorang Isaac pula buta akibat kanser mata. Nampak macam tak menarik kan bila tengok watak-watak utama? Sejujurnya, bagi aku kisah percintaan Hazel dan Waters jauh lebih majestic berbanding Rindu Awak 200% atau Suamiku Is Shit. Endingnya memang beautiful, beautiful ending.

P/s: Aku kagum cara penulisan novelis luar negara.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers