30/05/2015

Petang tadi waktu skroll wall FB sebelum balik kerja lepas solat asar, keluar gambar accident ni. Tapi disebabkan banyak sangat gambar accident aku mcm tengok sekali imbas je. Sampai la ofismate aku citer pasal viva penyek baru aku perasan. Memang penyek habis, macam kotak Tora je.

Mengikut sumber, kejadian berlaku di area Sri Gombak bepunca daripada brek lori yang rosak dan menghentam Viva tersebut tanpa belas kasihan. Aku tak sure masa insiden driver Viva ada dalam tu ke tak. Melihatkan keadaan Viva tersebut, aku assume takde. Ya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Macam mana la agaknya rupa mayat kalo ada orang dalam tu kan? Fuhhh, Alhamdulillah umur masih panjang. Kepada owner Viva, harap tabah dalam menghadapi ujian ini...

P/s: sebab tu aku tak suka duduk depan lori.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe