21/06/2015

Aku memang tak terkejut dengan fakta dalam gamba ni. Orang malaysia ni sbnrnya mewah bab makanan ni. Masa pergi bazar tu memang kalo boleh semua nak telan. Beli banyak-banyak takut nanti waktu berbuka nanti tak cukup. Masa berbuka, makan 1 atau 2 jenis makanan pun da kenyang. Yang lebih tu ingat nak makn tgh malam or sahur nanti. Lepas balik tarawih, letih. Terus tidor. Nak makan sahur tengok dah basi. Akhir sekali, selamat la makanan tersebut ke tong sampah.

Dulu masa keje mcD lepas spm, selalu bila aku kemaskan meja orang lepas makan, banyak lagi makanan yang terusik. Makan separuh pun ada. Nak buang sayang, nak makan nnt bos nampak plak. Nak tak nak kene ikut prosedur, ke tong sampah akhirnya.

Bulan puasa ni bulan ujian. Bazar ramadhan adalah tempat ujian terbesar. Selain ujian bau makanan dan air sejuk yang mengiurkan, kita diuji dengan gadis2 atau bini orang yang berpakaian yang boleh mengurangkan pahala puasa kita.

Pape pun, membazir amalan syaitan. Cukup la satu atau 2 juadah. Tak payah tamak sgt.

P/s: kalau perut tu bukan jenis angkasa lepas, tak payah la bernafsu besar bab makan ni.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers