22/06/2015

Hidup sekarang memang mencabar dari segi kewangan. Ya, wang bukan segalanya tetapi segalanya memerlukan wang. Wang ibarat gris dalam kehidupan. Kehidupan umpama mesin. Kalo takde gris memang mesin takkan bergerak dengan lancar atau tak bergerak langsung.

Rata-rata daripada kita sekarang ni sebenarnya bekerja untuk bayar hutang. Tapi kalau tak bekerja tak boleh berhutang. Ibarat macam ayam dengan telur. Mana satu dulu?

Cuba ko tanya orang yang duit die cukup2 makan setiap bulan walaupun gaji besar, puncanya ialah hutang. Kebanyakan daripada mereka terikat dengan hutang sehingga 10 or 15 tahun. Kecuali rumah 30 tahun. Hutang kereta, hutang peribadi untuk kahwin so-so sweet, hutang handphone dan pelbagai jenis hutang lain. Kadang2 bila hutang nak habis buat pulak overlap. Bila nak abes da.

Macam kereta, kalo korg beli waja 2nd hand, still kereta. Korang beli rumah flat pun, still rumah. Hidup ni sebenarnya kita kne lalui stage by stage. Macam sekolah, kenapa kita kene belajar 1+1 dulu sebelum belajar X + Y. Macam tulah kehidupan. Ini baru fresh grad dah beli kerete yang telan 1/3 gaji, kahwin buat loan lagi, handphone nak up to date, makan nak kedai mahal, belum kira rumah lagi.

Kenapa zaman atuk nenek kita dulu walaupun gaji tak besar tapi still hidup dengan jayanya? Sebab diorang takde hutang. Ok, disebabkan zaman sekarang ni, sbnrnya hampir mustahil untuk hidup tak berhutang, maka minimum kan lah hutang anda. Tak perlu membazir.

Lagi baik korang setelkan hutang yang ada daripada buat loan baru or overlap loan.

P/s: Hiduplah bebas berhutang, pasti hati lebih tenang.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe