29/06/2015

Suasana di kedai setamboat itu begitu santai. Alunan muzik jazz mengisi halwa telinga pelanggan kedai menjamu selera. Dapur di atas meja terus menyala memanaskan mangkuk dan plat besi. Di atasnya tersusun deretan daging black pepper dan ayam kunyit. Manakala mangkuk dipenuh beberapa sayuran, fishcake, sosej dan mi segera. Sesekali terdengar bunyi desiran ketika air dari mangkuk melimpah ke atas plat keluli.

Di satu sudut yang agak terperosok ke dalam kedai, terdapat 5 meja segiempat sama yang disusun bersambun-sambung. Mebentuk sebuah meja panjang. Cukup untuk menampung 10 orang. Keadaan yang huru hara di atas meja membuktikan beberapa kilogram makanan telah selamat memasuki perut mereka. Pinggan yang bertindan-tindan. Mangkuk di dalam mangkuk, air rebusan yang sudah cetek tetapi masih terdapat beberapa objek makanan di dalamnya, gelas kosong melebih bilangan mereka yang ada serta sana sini makanan bersepah di atas meja tanda kemewahan makanan negara kita. Hampir dua jam mereka sudah habiskan masa di situ.

"So macam Farhan, ada kata2 terakhir nak diucapkan sebagai penutup majlis makan ni?"

Haji Akmal yang juga merupakan bos department Computer Aided Engineering (CAE) sebuah syarikat konsultasi automotif bersuara seolah-olah untuk menamatkan majlis. Dia ialah orang yang paling tua di antara mereka.

Farhan menunjukkan tapak tangannya. Meminta kebenaran untuk tunggu sekejap. Gelas yang berisi Vanilla Coke itu diteguk sehingga habis. Diikuti dengan sendawa kecil. Semua yang berada di situ kini menumpukan perhatian kepadanya tertawa sedikit. Sejurus kemudian, Farhan berdiri.

"Terima kasih Haji Akmal. Assalamualaikum dan selamat malam semua"
Farhan memulakan  ucapan perpisahannya. Ya, hari ini ialah hari terakhir beliau di syarikat AeroTech. Sebuah syarikat konsultasi automotif dan aviation.

"Seperti quotation filem The Matrix, 'Everything that has a beginning, has an end'. Setiap yang bermula pasti ada yang berakhir. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Begitulah hukum alam.... Sebenarnya setiap daripada kita ini suatu hari nanti akan meninggalkan syarikat ini. Tidak kira la sama ada kita pencen, tukar company lain atau meninggal dunia. Yang pasti tiada yang kekal selamanya"

"Hari ini sudah tiba, hari di mana saya meninggalkan Aerotech setelah hampir 4 tahun bersama. Terasa macam baru semalam je saya mintak Sherry ajar saya macam mana nak isi borang cuti"

Semua yang hadir tersenyum memandang Sherry yang duduk di sebelah Farhan. Memang mereka agak rapat. Namun tidak declare couple. Malah Sherry baru mengikat tali pertunangan 3 bulan lepas dan akan melangsungkan perkahwinan lagi 3 bulan.

"Saya tahu semua kat sini dah kenyang dan mungkin nature call dah mla memanggil dan skang jam dah pukul 9.30 malam, masing-masing dah fikir nak balik, so i'll make it short. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang ada di sini kerana banyak membantu saya sepanjang saya berada di sini. Bukan mudah untuk bekerja dengan rakan-rakan yang sangat displin dan berdidikasi macam anda semua. Berkat tunjuk ajar dan bantuan daripada rakan2 di sini dan nasihat daripada Haji Akmal saya berjaya settle down kt sini tak sampai setahun. Sejujurnya memang saya rasa seronok bekerja di sini cuma apakan daya, takdir dan jodoh kita setakat di sini sahaja."

"Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua kawan2 di sini andai kata apa yang saya lakukan sepanjang 4 tahun ni ada mengguris hati dan perasaan kawan2 semua secara langsung atau tidak langsung. Secara peribadi saya dah maafkan anda semua. Dont worry. Semoga kita berjumpa lagi waktu yang lain dan saya mendokana agar Aerotech terus maju dan menjadi syarikat global suatu hari nanti"

Ucapan perpisahan itu disambut dengan tepukan bersemangat daripada semua yang berada di situ. Maka dengan itu tamat la farewell dinner Farhan. Majlis kemudian diakhir dengan sesi bergambar dan berwefie serta sesi bersalam2 salaman sebelum masing beredar.

"Sherry, ko sure ke boleh hantar aku balik ni? Kang tunang ko tau mampuh aku" Farhan meminta kepastian ketika mereka menuju ke kereta Sherry.

"Kalo dia tau memang la dia marah. Senyap2 sudah. Lagipun ni last day ko kan. Lepas ni ntah bila dapat jumpa ko lagi" balas Sherry.

Mereka kini di depan kereta Sherry. Perodua Myvi 1.5 AT bewarna putih. Farhan yang teman ketika dia mengambil kereta ni di pusat jualan 2 tahun lepas. Kira Farhan ialah penumpang pertama keretanya dan juga orang pertama selain dia yang memandu kereta kesayangannya ini.

"Ko drop aku kt stesen LRT Ampang" kata Farhan ketika kereta mula bergerak.

"Eh, bukan rumah ko kat Cheras ke?"

"Aku nak jumpa kawan jap. Dia tunggu aku kat situ" balas Farhan.

"Laki? Perempuan?"

"Eleh, sibuk nak tau"

"Laki ke perempuan?" Sherry nak juga jawapan.

"Perempuan"

"Awek?"

"Tak lah, kawan la" Farhan menafikan

"Eleh, awek la tu"

"Kalo awek pun apa salahnya. Aku kan single lagi. Ko pun dah jadi tunang orang"

"Tula, sape suruh ko tak masuk minang. Orang dah bagi signal pun tak paham2"

"Ala, dah takde jodoh. Nak buat macam mana. Redha jela" Farhan tersenyum nipis. Dia malas nak memanjangkan arguement. Barang yang lepas usah dikenang.

"Ala, sedangkan kapal terbang pun orang boleh hijack, inikan pula tunang orang"

Farhan terkedu seketika. Biar betul Sherry ni.

"Ish ko ni kang aku hijack btol2 kang. Sian tunang ko nnt"

"Hijack la, the pilot room is always open for you"  Sherry bercakap sambil memandang ke depan. Walaupun dalam gelap, Farhan dapat lihat pipinya mula kemerahan sikit.

"Ok, ko tau tak kenapa aku kerja kt AeroTech? Gaji sama je, tapi takde bonus sampai 6 bulan macam company lama aku" Farhan terus menukar topik.

"Tula, kitorang sume pelik. Kenapa ko datang Aerotech. Company cikai je"

"Internet. Sebabnya ialah internet"

"Kenapa pulak? Ko takde data plan ke? Takkan rumah ko takde unifi" balas Sherry.

"Kalo ko nak tau la, AeroTech ni sebenarnya antara Company yang ada connection yang terpantas di Malaysia. Lagipun staff tak ramai dan orang IT AeroTech pun tak power sangat. Senang sikit aku nak buat kerja"

"Kerja apa?"

"Ada la aku punya kerja underground"

"Kerja underground apa?"

"Sorry, its secret and confidential. Yang penting kerja ni memerlukan high speed internet"

"Dengan aku pun ak berahsia. Kamon la sayang"

"Nope, memang aku tak bleh bgtau. Lagipun disebabkan malam ni malam terkakhir kita berjumpa, da rahsia aku bagitau dekat kau"

Rahsia? Jantung sherry berdegup kencang tiba2. Takkan dia nak confess dia cinta aku kot.

"Sebenarnya nama aku bukan Farhan. Tu cuma codename sahaja. Dan tujuan aku kerja dengan AeroTech sebenarnya memang untuk internet sahaja dan mencuri dark secret AeroTech"

"Kamon la sayang, ko banyak sangat tengok cerita James Bond ni. Spy apa skema macam ko ni. Joging tasik titiwangsa 2 round pun semput. Next joke please."

"Itulah kerja spy. Kene pura2 dan pandai berlakon. Kalo tak kantoi la aku spy. Mesti ko tak sangka aku spy kan. Terer tak aku berlakon?"

"Yela yela, aku percaya la. Malam ni malam last ko. Aku bagi chan la. So apa nama sebenar ko? Farhan Bond?"

"Sorry, thats secret and confidential too babe" Farhan tersengih.

"Yela yela, layan"

Kini kereta Sherry sudah berada berhampiran di stesen LRT Ampang. Farhan menyuruh Sherry park di tepi jalan sahaja.

"So aku harap ko faham kenapa aku tak masuk meminang ko. Aku bukan bodoh sangat tak boleh baca semua hint2 yang kau bagi. Its easy to see babe"

"Tentang bende aku cerita tadi, semuanya real. Tapi terpulang kepada kau nak percaya ke tak. Bukan masalah aku pun" Farhan menanggalkan tali pinggang keledar.

"Tapi kenapa kau cerita kat aku semua ni. Kan elok ko rahsiakan je"

"Sebab aku sayang kau. The feeling is real. Cuma aku tak boleh nak sempurnakannya. I just have let it go. Thats the only choice i have. So aku harap ko faham dan lupakan aku ok?"

"Kenapa malam ni baru ko nak bagitahu aku. 4 tahun kita bersama. So ingat ko bleh confess n blah macam tu je. Ko tak kesian kt aku ke? Kamon Farhan, macam ko cakap, the choice is always in our hand"

"Yup, thats right and i already decided a long time ago. Why malam ni baru aku bagitau? Sebab the moment aku keluar daripada kereta ni, Farhan yang ko kenal ni dah tak wujud lagi and trust me, we will never see each other again. Our life line will never cross again"

"Kamon babe, stop this ok je, esok jugak aku bleh putuskan pertunangan aku ni kalau......"

Belum sempat Sherry habiskan ayatnya, Farhan segera menyambar tangannya. Terasa tapak tangannya bagaikan dicucuk sesuatu seperti jarum.

"Im sori babe. Dont worry, kesan sedative ni just 3 minutes. Just forget about me and move on. Aku ucapkan selamat pengantin baru dan semoga kekal ke anak cucu. Jadilah isteri yang baik dan lahirkan anak sebanyak mungkin. Sori aku tak dapat datang. Sampai di sini sahaja pertemuan kita. Goodbye forever. Sayonara...."

Sherry merasakan pandangannya mula kabur. Badannya rasa tidak bermaya seolah-olah lumpuh. Walaupun kabur, namun matanya masih dapat melihat dengan jelas, Farhan mencium dahinya. Dia dapat merasakan kelembapan bibir Farhan menyentuh dahinya. Namun tiada apa yang dapat dilakukannya. Farhan kemudiannya keluar daripada kereta. Ketika itu juga, sebuah kereta Audi TT Quattro bewarna hitam berhenti di depannya. Seorang wanita berseluar jean serta berbaju merah keluar daripada kereta. Farhan kemudiannya menduduki tepat pemandu dan terus memandu segera.

Sherry memerhatikan dengan jelas. Tidak semena-mena air matanya jatuh berlinangan.....

(Perbualan di bawah berlaku dalam bahasa jepun tapi dah di translate kan)

"Dah wish goodbye dah kat awek ko tu?" Perempuan berbaju merah tu memecah kesunyian di dalam kereta yang bergerak memasuki lebuhraya Kesas.

"Celah mana awek aku. Dia hanya watak yang muncul seketika dalam hidup aku" Farhan fokus memandu. Kereta kini dipandu pada 140 km/h.

"Ko tak nyesal ke buat dia macam tu?" Perempuan tu bersuara lagi.

"Kamon Ayame chan, ko pun tau, aku tak di design untuk berkahwin.
Lagipun setiap perempuan yang dengan aku mesti kene nasib malang. Ko pun tau kan? Lagipun die dah bertunang. Tak lama lagi nak berkahwin. She deserved that life but not me" suara Farhan mendatar.

"Its ok then. As long as you happy". Ayame malas nak bangkitkan hal tu lagi.

"So whats the plan?" soal Farhan.

"Kita ke Pelabuhan Klang malam ni. Kt situ ada bot tunggu kita. Lepas tu kita ke Sumatera. Dari situ kita terus naik flight ke Osaka. Esok kita ada meeting kat HQ". Balas Ayame sambil bermain Candy Crush di Iphone6 nya.

Kereta Audi hitam itu kini semakin laju membelah highway Kesas yang lengang semakin jauh meninggalkan kotaraya Kuala Lumpur serta kenangannya sebagai Farhan di AeroTech bersama Sherry.....

P/s: I love Audi

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe