01/06/2015



Drone sekarang lebih murah berbanding dulu. Tak caya pergi kat Jalan Pasar, yang RM 100 lebih pun ada. Kalo nak yang ok, dalam RM400 or 500 pun dah cukup. Masa dia buat demo memang aku kagum. Drone tu punya level kelincahan sangat power. Selambar je cilok mencilok dalam kedai yang sempit. Maksudnya dia punye control response tu memang A.

Dulu mainan terbang-terbang ni, orang kaya je main. Aku pernah tengok helicopter remote control sampai RM10k. Tu yang guna petrol punya. Dengan teknologi drone yang semakin berkembang skang, harga jadi murah dan ramai orang boleh beli dan operate.

Isunya sekarang, sama macam isu teknologi yang lain, kalo jatuh kat tangan orang mulia, mulia la hasilnya vice versa. Akhir-akhir ni ramai orang mula salah gunakan teknologi drone, terutamanya untuk skodeng. Disebabkan drone ni sangat senyap, orang memang tak perasan dan menjadi alat skodeng paling ultimate macam skodeng kawasan rumah orang, boleh skodeng antara apartment dan kondo, skodeng kawasan2 rahsia industri. Memang satu isu besar skodeng ni. Sebab tu kat dunia ni ada undang2 kawasan larangan terbang atau udara yang bertujuan untuk keselamatan. So far kat Malaysia takde lagi undang2 ni. Maka sebab tulah skang ada cadangan untuk membuat undang2 di mana nak terbangkan drone memerlukan approval DCA.

Drones need DCA approval to fly, says Liow
Drones or unmanned aerial vehicles (UAV) need the approval of the Department of Civil Aviation (DCA) before they can fly.Transport Minister Liow Tiong Lai said this was to ensure that drones did not affect flying aircraft, adding the DCA will register drone users.“We are holding briefings and dialogues before issuing new safety rules,” he told reporters after the launch of Sungai Rambai International Air Carnival 2015 by Malacca Chief Minister Idris Haron in Jasin yesterday.Liow reminded private aircraft owners and drone enthusiasts to comply with the laws and regulations of DCA to ensure safety of airspace.He said the runway of Malacca International Airport (MIA) would be extended by 400 metres to facilitate the landing of commercial aircraft.However, the upgrading of the runway was still in discussions as it involves the acquisition of land from people in the area.“This effort is expected to attract more commercial aircraft to land at MIA. I understand that five airlines are interested in flying here,” he said.The Transport Ministry had approved RM1.6 million to upgrade facilities at the Sungai Rambai Aerodrome, especially lighting, to allow night flights.


Aku rasa memang patut pun. Macam tahun lepas ada geng2 gile pergi main Drone kat area airport sebab nak rakam kapal terbang take off dan mendarat. Kan bahaya tu. Pilot akan detect bende gangguan dan akan menimbulkan panic/false alarm.

Kelebihan drone sebenarnya memang banyak, tapi macam biasa la manusia. Bende yang tak elok memang ketagih untuk dibuat.

P/s: US punya drone dah sampai Mars, Pluto. Yang paling A, boleh membunuh.







0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers