25/06/2015



Hari ni hari ke-8 puasa. Well, masa berlalu tanpa disedari. Cuma minggu pertama ni agak mencabar sebab panas terik membakar kulit. Nasib baik aku keje dalam ofis yang ada aircond. Kesian kat orang-orang yang keje outdoor. Beberapa hari pertama puasa memang agak mengantuk. Badan pun asik letih. Yela, sebab badan kita 'terkejut' dengan rutin baru. Perlu amik masa beberapa hari untuk adapt rutin baru. Sebab tu orang galakkan puasa sunat beberapa hari sebelum ramadhan supaya badan tak terkejut'. Alhamdulillah lepas 4 hari puasa, badan aku dah boleh adapt. Dah tak seteruk masa 3 hari pertama.

Ok sebenarnya bulan puasa ni ada beberapa benda yang kita tak perasan. Benda yang kita rasa sebenarnya tak boleh tapi sebenarnya boleh dilakukan.

1. Rokok
- Ok, aku tak merokok. Tapi membe2 yang merokok kalo bukan bulan puasa, kalo 2 jam tak dapat rokok terus jadi bengong katanya. Tak boleh buat keje la, takde tenaga la. Tapi bulan puasa ni ok jek kan? Mungkin bulan Ramadhan ni boleh jadi permulaan untuk diorang benti. Barang skang serba mahal, daripada bakar duit, baik guna untuk makan.

2. Makan
- Sebelum puasa kita rasa kalo tak sarapan pagi atau lunch badan akan jadi lemau. Puasa ramadhan membuktikan sebaliknya. Maksud di sini kalo tak makan tu mungkin la akan letih, tapi takde la sampai rasa nak pitam je memanjang kan?  Sebenarnya puasa membuktikan kita tak perlu makan sampai 3 or 4 kali sehari. Sekali pun sebenarnya dah cukup.

Ok tu je aku nak cakap. Pape pun. sbnrnya kita yang saiko diri kita. Badan ikut je.

P/s: Puasa juga buat nampak kurus.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List