23/06/2015


Akhirnya setelah beberapa rumours dan teaser sejak sedekad lalu, Square Enix telah mengesahkan remake game legend ni. Nao i feel relieve. Ya, rumours tentang remake FF7 ni sebenarnya dah bermula sejak era Playstation2 lagi. Ramai gamers yang pernah main game ni berharap agar ianya dibuat semula dengan grafik yang lebih superb. Orang yang tak pernah main game ni takkan tau betapa 'besar'nya berita ni. Akhirnya sekarang aku ada alasan yang kukuh untuk beli PS4.

1st time aku main game ni masa Form 2 tahun 1998. Aku dah habeskan beberapa kali dan dah unlock semua features dalam game ni tanpa cheat code. Yela, zaman skolah dulu memang banyak masa. Ah rindu btol masa full time main game ni dulu.

Kenapa baru sekarang FF7 hendak di remake? Aku nampak satu je sebab, Square Enix dan Sony skang ni ada masalah kewangan, mungkin ni salah satu cara untuk boost balik sales diorang. Kene pulak kalo game ni exclusive untuk PS4 sahaja, sure sales boom. Aku yakin ramai orang sanggup beli PS4 semata-mata untuk main game ni sahaja. Salah sorang nya ialah aku. hehe.







P/s: Tak pernah aku sangka video game akan memberikan kesan mendalam dalam hidup aku. Harap Square Enix dapat remake Final Fantasy lain juga.


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers