28/06/2015

Aku ada kad kredit. Kad kredit tu biasanya aku guna untuk isi minyak or just backup kalo kene pergi oversea. Senang cerita tak pakai sangat. Biasanya bila dapat gaji, aku setelkan terus kredit yang aku guna. Setakat isi minyak bukan banyak mana pun. Cuma skang ni bank asik telefon je offer loan based or drpd limit kad kredit aku. Contohnya die tgk kredit aku ada dalam RM300, diorang offer loan RM 1k, bulanan kene bayar RM 30 selama 12 bulan. Aku reply la, "awak ingat saya tak reti kira ke? Saya pinjam RM 1 k, bayar balik RM 3.6 k. 3 kali ganda awak untung. Da macam along" pastu aku terus letak telefon.

Baru2 ni pun sama asik telefon contohnya limit kad kredit aku RM 12k, diorang nak bagi loan RM 8k, bulan2 kene bayar 250 selama 60 bulan. Gile ape. Tak pasal2. Katanya hanya pemegang kad terpilih je dpt offer ni. Lanjiaooo.

Mungkin korg bleh guna taktik macam aku pakai ni. Bila dia kata saya polan si polan dari cimb hq, korg terus tanya; hq yang mana ni? Tingkat berapa? Nama awak sapa? Saya ada kawan kerja kat situ, nanti saya suruh die cek btol ke awak dari cimb hq? So far bila aku guna taktik ni diorang terus goyang nak jawab. Memang la, diorg bukan staff cimb, cuma scammer or agent je.

Korg pernah buat loan tak? Bertapa susahnya nak kene jumpa pegawai bank, nak kene isi orang bagai, sign sana sini, kene tunggu approval seminggu dua baru loan lepas. Ini senang2 je, bila ko cakap ok, saya setuju, terus surat sampai rumah, tau2 dah jadi loan. Lanjaoo. Ini memang scammer menyusahkan orang.

Tahun lepas, aku ada 2 loan yang aku berjaya setelkan, masa nak setel tu, bape kali bank telefon aku offer untuk extend or overlap. Pejadahnya nak tanggung hutang lagi. Ok, sebenarnya la, bank ni tak boleh hidup kalo kita boleh beli semua barang cash. Bila orang tak pinjam kt bank, diorang xde income. Dari mana income diorang? Dari interest pinjaman korang tula. Atau dalam bahasa mudahnya, riba. Sebab tu sbnrnya bank ni tak boleh hidup tanpa peminjam. Sebab tula, kalo bleh la, kurangkan buat loan. Buat mana yang perlu je macam rumah. Yang lain tu kalo bleh beli la secara cash. Hidup akan lebih tenang tanpa loan bank. Korang nk benti keje pun senang. Da tak payah pikir mcm mana nak bayar loan. Tenang je hidup.

P/s: bank islam lagi kuat cekik darah tapi dikaburkan dengan pelbagai istilah2 arab supaya nampak islamik. Lanjaoooo

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List