22/06/2015



Seperti yang dijangka, harga juadah di bazar Ramadhan tahun ini akan meningkat berikutan perlaksanaan GST dan beberapa peningkatan kos yang lain. Sebagai pengguna keadaan ini sedikit sebanyak akan mematikan mood untuk membeli di bazar ramadhan. Ramai berpendapat masak sendiri kat rumah lagi ok. Masalahnya tak semua ada masa dan sempat untuk masak di rumah. Nak tak nak kene beli jugak la jawabnya.

Ok, mahal satu hal, tapi isu utama ialah tak berbaloi dengan apa yang dibayar. Makanan yang dah basi, recycle semalam punya, makanan yang low quality, sikit, tak sedap. Yela, ada sesetengah peniaga kt bazar ni bukan full time berniaga. Just berniaga waktu puasa dan objektifnya ialah untuk buat duit raya.

Nak selamat, belilah pada peniaga yang kita memang kenal atau tau dia memang biasa berniaga. Nak detect makanan die pun senang. Sama ada kualiti maintain atau tak. Peniaga yang baru berniaga ni tak boleh nak jamin. Sabtu hari tu, aku sendiri kene RM 4.50 untuk nasik lemak dengan telur mata. Gila apa. Tapi tengok gaya memang jenis peniaga ad hoc. Periuk semua berkilat lagi. Masa dia sebut harga tu, muka takde rasa bersalah langsung. Anggap jela tu kali pertama dan akhir aku beli.

Peniaga macam biasa la, akan blame harga tapak mahal, kos mahal. Tapak mahal ni salah satu sebabnya ialah ada korni2 atau kawan2 PBT yang makan atas anginl. Dapat tapak, lepas tu jual tapak. Ramai peniaga komplen waktu nak apply dah penuh. Lepas tu kalo nak, kene beli kat kroni yang dapat tapak. Bende ni bukan bende baru. Dah lama. PBT pun nak makan jugak. Tapak kat jalan TAR KL boleh cecah sampai RM20K. Memang gila.

Tak tau la sampai bila isu ni akan berlarutan. Nak suruh PBT siasat pun tak guna. Yang jual tapak tu pun kroni diorang jugak.

Tapi sekarang memang dah seronok macam dulu bila pergi bazar. Nak beli pun risau. Pape pun, berhati2 la. Elakkan beli nasik berlauk. Beli kuih2 sudah.

P/S; Tapi tak pergi bazar waktu puasa tak boleh jugak. Nak feel tu.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe