29/06/2015

Akhirnya sampai  juga aku ke GM Klang. Selama ni bila lalu Bandar Botani Klang just dapat tengok dari tepi je. Tak pernah sempat nak singgah. Semalam akhirnya aku masuk juga ke tempat ini. Mengikut info, tempat ni lagi besar daripada GM KL. Yup, GM KL tak besar mana. Kecik je. Ruang pejalan kaki pun sempit.  Tengok banggunan dari luar pun dah tahu tempat ni besar.

Nak pergi ke tempat ni senang je. Paling senang dan tak nak sesat merata di bandar Klang yang serabut, ikut highway KESAS je senang. Dari KL straight je dari MRR2, lalu Bukit Jalil, lalu USJ, Shah Alam, Jalan Kebun. Last skali amik susur keluar ke Bandar Botani Klang. Nanti 1st round bout amik oukul 9, 2nd round bout amik pukul 3. Korang akan sampai betul2 depan banggunan GM. 

Ada dua pilihan untuk parking, kalo tak nak parking dalam banggunan, boleh je parking kat area kedai tepi2 GM. Kalo nak parking dalam, untuk kereta manual, sila berhati-hati sebab dia punya slope non stop sampai tingkat 7. Make sure skill kene power untuk stop start kat slope. Kereta auto takde hal. Aku tak sure hari lain berapa charge nya, tapi aku pergi ahad, aku sampai 10.30 pagi kul 3.30 baru kuar, parking kene RM 1 je. 

GM Klang ni sama macam Kenanga, jual barang-barang borong. Kalo beli banyak dapat harga borong. Sesuai untuk family yang ramai anak. Aku tengok baju melayu, baju kurung, tudung, jubah memang murah kat sini. Nak murah lagi boleh beli 2 or 3 pasang terus.   Macam-macam ada kat sini, selain pakaian ada aksesori handphome, barang elektronik, cadar, langsir, makanan, permainan perfume dan barang kemas silver. Memang banyak.

Secara personal, bagi aku Kenanga lagi best. GM Klang ni laluan pejalan kaki dia agak sempit. Dia punya routing pun tak beberapa cantik. Kalo nak lalu semua tempat kene berpatah-patah balik. Yang best siap ada jalan mati lagi tu. Haha. Kenanga die punya flow cantik n senang sket. Sekali jalan bleh lalu hampir seluruh tempat. Tempat pejalan kaki pun luas.  Satu lagi kt GM Klang ni tak banyak bangku disediakan untuk duduk. Sian aku tengok warga tua dan laki2 orang yang tak shopping berdiri menunggu. Bukan takde bangku, tapi sikit dan tersorok. Serius berada di tempat tersembunyi.  Dari segi toilet jenis open air. Facility ok. Surau pulak bagi aku below than average. Sempit, ruang tertutup dan berbau. Kene improve lagi since aku rasa majoriti pengunjung beragama Islam.

Food court  ada kat 1st floor. Since bulan puasa tak dapat nak try. Tapi aku tengok takde la banyak sangat. Tapi boleh la. ATM pulak aku hanya jumpa MEPS sahaja. 

Overall kira ok la  GM  Klang ni, tapi aku lagi prefer Kenanga.


P/s: Nak datang tempat macam ni kene bawak duit banyak.

1 comments:

  1. Ada urusan di Shah Alam/Klang/USJ Subang Jaya i.e Summit USJ, Sunway, Alam Sentral, Kota Kemuning, SACC Mall, I-City, Wet World, ADTEC, CIAST, WISMA GM, UITM, UNISEL, MSU, POLITEKNIK Shah Alam atau sebagainya. Tempahlah homestay kami yang berdekatan dengan harga murah & berpatutan (RM180/semalam) dan boleh layari INTERNET @ UNIFI percuma. Layari blog kami untuk info terkini di http://onlinebookinghomestay.blogspot.com

    p/s: perkhidmatan sewa harian juga disediakan

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers