16/06/2015



Cerita ni idea dia hebat. Aku rasa tak pernah tengok lagi yang storyline macam ni. Sebelum ni aku memang pernah terbaca yang sebenarnya manusia hanya sekitar 10-15% daripada kapasiti otak. Bermakna banyak lagi area/potensi yang belum diteroka. Masa aku tengok trailer filem ni dulu, aku sangat excited. Kene pulak main actress Scarlet Johansson.

Tapi sebenarnya semua yang diceritakan dalam filem ni just theory. Masih tiada lagi manusia yang unlock 20% daripada kapasiti otak. Mungkin ada tapi tak dapat dikesan. Bumi ni luas kot. Idea ni juga sama dengan drama bersiri Heroes dulu. Bila certain area kat otak activate, ianya akan unlock certain ability.

Mari kita fikirkan, dengan apa yang dicapai oleh manusia terutamanya bidang sains teknologi, secanggih mana pun hasil buatan manusia, sehebat mana sesuatu atlit, ahli music, doktor, engineer sebenarnya ianya still menggunakan kapasiti otak below 15% je. Bayangkan apa akan jadi kalo kita boleh unlock 100% otak kita.

Mungkin ada sebab kenapa Allah just unlock 15% je. Untuk mengurangkan kerosakan alam kot. Fikirkan, dengan segala kerosakan yang berlaku pada planet ini, sebenarnya ianya cuma dilakukan dengan kapasiti otak 15% sahaja. Bayangkan kalo kerosakan dilakukan dengan kapasiti 100%?

P/s: Ability paling nak ialah manipulate space n time.


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe