04/06/2015



Katakanlah ada suatu mesin atau alat yang membolehkan kita melihat masa depan dan kita melihat kerosakan pada masa depan, adakah si kapitalis dan politician pedulik tentang 'ramalan' tersebut? Itulah mesej utama yang cuba disampaikan dalam movie ni. Walaupun manusia tahu dunia akan menuju kiamat akibat daripada kerakusan dan ketamakan mereka namun mereka lebih senang dengan idea "Let it be".

Tapi idea tu pun sebenarnya valid sebab mesin tu cuma meramal apa akan berlaku tapi tak boleh menentukan apa yang betul2 akan jadi nanti. Seperti pepatah "Kita hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan". Benda yang sama pun sebenarnya ada dibincangkan dalam filem Minority report. Kita kene ingat, seperfect mana pun machine, still ada flaw atau programming bugs.

Idea utama dalam filem ni ialah sebenarnya dunia ni dihancurkan oleh birokrasi dan politik. Bandar Tomorrowland ni ialah bandar ideal bila semua jurutera, saintis, artis, doktor, dan pelbagai profesyen lain bekerja bebas di bawah cengkaman ahli politik dan birokrasi. Satu idea yang mustahil dilakukan kerana nature peradaban manusia, bila hidup berkumpulan, mereka memerlukan ketua untuk memandu dan menentukan hala tuju. Untuk itu, organisasi perlu dibentuk. Di mana ada organisasi, di situ automatik politik akan wujud. Sebab kita manusia mempunyai pemikiran sendiri, di situlah konflik organisasi atau 'politik' akan wujud.

Papepun konsep bandar Tomorrowland memang A. Lagi canggih daripada Esthar dan Zanarkand.





P/s: Athena tu comey. Dah besar mesti cun. Jangan jadi mcm Lindsay Lohan sudah.



0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe