02/06/2015



Semalam berlaku satu insiden di mana seorang bayi terkunci di dalam sebuah kereta Myvi di Seksyen 9 Shah Alam. Satu video telah diupload ke media sosial dan mengundang pelbagai reaksi masyarakat. Rata-ratanya mengecam perbuatan tersebut yang dianggap tidak bermoral. Namun tidak lama barulah punca sebenar didedahkan. Masalah tersebut berpunca Myvi tersebut yang 'autolock' atau terkunci sendiri tanpa sebab. Ya, sebagai Myvi user, aku akui memang problem ni dah banyak kali jadi.

Jangan salah faham tentang 'autolock' ni. Problem ni bukan jenis design intent di mana kereta akan autolock masa kita drive, problem ni jadi masa kereta tak bergarak Ia boleh terjadi dalam semua keadaan:

1. Enjin masih hidup, kita keluar kereta dan tutup pintu, itu pun boleh autolock. Nasib baik masa tu aku ada turun tingkap.

2. Kunci dah cabut, lepas tu kita letak dalam poket, kita berlegar2 sekitar kereta pun dia boleh autolock sendiri. Ni pun dah banyak sangat dah jadi. Cuma bila kunci ada kat tangan memang takde hal la.

Yang kes no 2 ni ok la, yang no 1 kalo kebetulan takde orang dalam kete masa tu memang naya lah.

Sebagai masyarakat yang hidup dalam era media sosial ni, kene berhati2 sket nak response dalam bende2 viral macam ni. Kalau boleh dengar penjelasan kedua-dua pihak dan jangan cepat jump to conclusion. Menuduh dan mengeji memang mudah, tapi nak ngaku salah dan minta maaf tu memang berat.

P/s: Harap Perodua boleh siasat masalah autolock ni sebelum jadi kes yang lagi teruk.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List