19/06/2015



Sekali bila baca macam dalam drama melayu pulak. Tapi dulu memang ada. Apa ntah tajuk die. Pelakon die Tizz Zaqyah dengan Rita Rudaini, yang lelaki tak ingat. Lebih kurang macam ni la citer dia. Si suami kahwin satu lagi senyap2. Isteri pertama tak tahu langsung sebab memang suami dia selalu outstation. Suatu hari tu, lelaki dia eksiden dan meninggal. Nasib baik handphone die tak kene curi masa eksiden dan akhirnya diserahkan kepada isteri pertama dia. Isteri pertama die pelik bila ada mesej cinta dan ada orang lain panggil laki dia sayang. Siasat punya siasat, rupanya tu isteri kedua dia. Mula-mula dia ingat scandal. Kalo tak silap la, lepas tu bini kedua laki tu meninggal masa lahirkan anak pertama. Akhirnya isteri pertama tu amik keputusan untuk jaga anak bini kedua tu walaupun die pasrah.

Ok la, ada beza sikit dengan kisah akhbar di atas. Macam biasa, bende ni jadi viral seketika dan banyak komen negatif datang dari netizen as always dan of course banyak perempuan yang bersuara. Aku tak nak komen banyak cuma consider dua situasi ni:

1. Sebagai isteri mesti terkilan sebab dimadukan tanpa sedar. Lagi sedih, mak mertua pun tahu (tak boleh cakap subahat sebab takde bukti).

2. Mana lagi baik? dimadukan tanpa sedar at least laki tu tak buat dosa. Dia pilih cara halal. daripada laki tu tak kahwin, tapi berskandal atau layan call girl.

Tula susah nak komen benda ni sebab kita tak kenal siapa mereka yang terlibat.

P/s: Yang dah berlalu biarkan berlalu

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe