22/07/2015

Orang cakap, benda kalao nak jadik tu, memang akan jadik. Dia datang tak kira masa. Betul la tu.

Sepanjang bulan puasa aritu panas terik. Sampai terbakar kulit. Sejak aku balik kg wife aku kt SP pun sama. Punya la panas. Berpeluh-peluh.

Sampai la satu malam tu, kami semua nak pergi makan. Nampak abang ipar aku dr kereta sebelah macam cakap something. Aku pn turunkan tingkap pintu depan belah co driver. Lepas cakap nk makan kt mana, tingkap tak boleh naik. Suis belah driver tak function. Suis belah co driver pn x function. Tingkap tak  naik. Last2 suis kt semuan pintu tak function.

Nak dijadikan cerita, elok je sampai kt kedai makan, hujan pn turun. Dan dan.  Selama tingkap ni ok, elok je panas. Time rosak dan dan je hujan. Tapi apa boleh buat, kuasa Allah.

Aku pn terpaksalah patah balik umah mertua sorang. Nasib baik umah mertua aku parking berbumbung.

Dulu kalo tingkap tak naik, aku ketuk2 suis die ok. Kali ni sampai nak pecah door trim aku ketuk tak nak naik jugak.

Ok, dulu aku pernah belajar disambly pintu. Inilah masanya utk praktikkan. Aku bukak door trim belah driver dulu. Nak cek kalo ada suis tertannggal ke, wayar putus ke. Sume ok. Bila semua suis pintu x function aku syak ada fius putus. Aku cek sume fius kt ruang enjin. Xde pn label power window. Aku cek fius box bawah glove box, xde jugak fius putus. Pening dah ni.

Ikhtiar seterusnya ialah naikkan tingkap belah driver je dulu. Yang lain setel kemudian. Aku pn buka door trim belah co driver. Nak tarik glass tu naik atas la plannya. Dah la glass tu turun abes. Tarik punya tarik, gelas tu tak naik jugak. Baru aku teringat, kalo jenis scissors ni mmg die takkan naik. Kalo yang dulu2 macam wira yang guna kabel tu bleh naikkan manual. Yg scissors ni kene motor gak yang naikkan.

Aku kontek membe, dia kata cuba bypass connector suis guna wayar n bateri kereta utk bagi motor tu jalan. Dah macam McGuyver rasanya. Pun tak jalan jugak. Last2 aku give up. Sok nye kene bawak g sevice centre. Malas bawak g kedai biasa kalo bende2 elektronik ni. Sure kene ketuk punya.

Malam tu aku google pasal problem suis powet window myvi ni. Ada la beberapa tutorial utk btulkan suis. Aku ada buat tapi bukan mudah la. Unless korg org elektronik bleh cuba. Kalo tak baik jangan.

Esoknya aku pergi service centre, senang je solution dia. Dia try dgn suis baru, terus elok semua tingkap. Semua function. Menurut SA memang kalo main suis rosak, sume tak function. Pastu aku cakao la, nape design macam tu. Kene tak buat indipendent. Kalo satu rosak biar die je rosak. Kiranya kalo tingkap belah driver tu problem, biar tingkap tu jelah problem. At least yg lain function lagi. Dah la jenis scissors nk glass tak bleh tarik naik atas. Kene macam kes aku mmg naya. Dan dan je hujan.

Sudahnya aku burn RM138 utk suis power window. Cuma aku x puas hati design circuit power window ni. Kalo master (kt sblh driver) kong, sume yg lain x bleh jalan. Nk tak nak kene tukar. Nape x buat indipendent. Kan senang.

P/s: abes burn masa utk beraya. Stgh hari tunggu kt service center.

2 comments:

  1. hurmm...same kes sy ni...sy batu kene raye ni..tp alhamdulillah die x terbuka..cume x leh turun je..ni g tnyer produa SC...die ckp brg je rm 138.00 lom masuk upah.. ni nmpknyer kene standby je duit..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang mcm tula harganya. kalau beli second hand murah sikit kot.

      Delete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe