19/07/2015

Aku sempat baca buku ni secara percuma. Fixi buat promo ebooks. Tapi smpi 24 julai je. Sempat lagi kalo korg nak baca. Aku baca dgn apps Kedai Buku. Apps die memang convenient la nak baca ebooks. Rasa macam baca buku betul2.

Ok, Bongkar ialah sebuah cerita jenayah thriller. Nk kata cerita detektif macam tak beberapa tepat walaupun ada dua watak detektif dalam cerita tu. So lebih kepada kisah jenayah pembunuhan.

Latar cerita ialah sebuah tempat fiksyen yang tidak wujud di dunia nyata atau pn wujud cuma ditukarkan nama. Tapi gambaran yang diberikan agak detail dan mudah untuk dijelmakan dalam kepala. Kalo ikut nama watak dalam cerita pn x bleh tau kat mana tempatnya. Ada nama asia, european n murrica.

Seperti karya penulis sebelum ni, Sumbat, misteri demi misteri muncul sepanjang perjalanan cerita yang merangsang sifat ingin tahu dan seperti sumbat juga, kene baca smpi muka surat terakhir untuk mengetahui solusi kepada misteri sebenar.

Secara ringkas ianya kisah sosio masyarakat antara kaya dan miskin, pemerintah kuku besi oleh seorang perempuan (maybe u can relate), kisah hubungan suami isteri yang tak normal, nafsu seks yang tidak dibendung, kisah pembunuhan dan perjuangan menumbangkan pemimpin zalim.

Latar belakang utama ialah bar Asmara Juita, Menara Ratu, rumah hud dan Tembok gelandangan.

Sinopsis belakang buku da cukup untuk menceritakan overall story. So sementara free ni elok la korang baca.

P/s: Diharapkan buku Fixi dapat buat lagi promo mcm ni. Hew hew hew.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List