27/07/2015

Semalam tersebar satu gambar yang menunjukkan payslip pekerja bangladesh. Menurut sumber, syarikat tersebut berpengkalan di KLIA2. Kalo tengok gaji pekerja tersebut, memang kalah gaji senior exec apatah lagi fresh grad yang merasakan bakal menawan dunia ketika hari konvokesyen.

Btol atau x slip gaji tu aku xtau, tapi aku rasa logic je sebab gaji basic sama, tapi ot die super melampau yang buatkan gaji die lebat.

Kita kene terima hakikat, kerja makan gaji ni ibarat kita convert masa kita kepada wang. Itu pn kalau ot tu dibayar. Kalo tak kira amal jariah jela. Lagi banyak masa kita convert, lagi banyak duit kita generate. Itu yg orang cakap kerja sampai xde life.

Macam pekerja asing ni, diorg dtg sini mmg tujuan semata-mata utk bekerja. Tak pikir lain dah. Dok sini pun sorang2 dan tak payah fikir anak bini. Bukak mata terus pergi kerja, balik kerja terus tutup mata. Ada antara diorg ni kerja sehari sampai 14 jam. Tapi dok sorg2 apa ada hal? 

Diorg kt negara ni pun sementara je. Abes kontrak diorg balik. So tak payah pening2 nak kahwen, beli rumah, kereta. Rakyat kita bukan x boleh buat, tapi takkan nak hidup mcm diorg kt negara sendiri? Tapi sebenarnya beribu rakyat kita sbnrnya yang kerja macam diorg kt luat negara. Diorg boleh dan tak kisah sbb tahu niat utk cari duit dan duk situ sementara je. Berbeza dengan negara sendiri.

Tapi in the end sebenarnya terpulang pada diri sendiri la.

P/s: RIP undang2 buruh di Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List