06/08/2015

Baru baru ini rokok elektronik atau street name nya 'vape' telah difatwakan haram. Ok, so what?

Mari kita lihat dari dua perspektif halal dan haram di Malaysia.

1. Sesuatu benda atau aktiviti yang boleh mendatangkan duit, tapi kerajaan tak dapat pau, maka automatik ianya akan dikira haram. Contohnya perjudian. Ko tak pelik ke dengan istilah judi haram? Sejak bila pula ada judi halal? Sama juga dengan arak dan rokok.

2. Sedangkan dalam Al-Quran telah jelas sahih dan nyata, arak, rasuah, riba, zina itu semua haram. No excuse. Absolute haram, tapi terima la hakikat yang ianya sebahagian daripada amalan hidup kita pada hari ini. Di negara yang mana agama rasminya agama Islam, diperintah oleh sultan dan menteri yang beragama Islam.

Berbalik kepada isu vape ni, ianya lebih kepada point no 1. So korg rasa orang pedulik tak dengan fatwa terbaru ni? Aku yakin ramai berpendapat, pergi mam la. Selagi rasuah tidak difatwakan haram di negara ni, aku rasa ramai tak beberapa amik port. Cuma dua benda je yg konsisten haram di mata bani melayu: anjing dan babi.

P/s: merokok itu membazir. Buat makan lagi bagus.

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Biasanya keputusan kerajaan bergantung kepada pihak2 yang berkepentingan.

    ReplyDelete
  3. nak haramkan vape... kena haramkan rokok dan sisha .. tak payah la letak dalam internet viral ... nampak macam kerja budak2 je... mana pergi s.o.p kerajaan kalau nak basmikan pun, bukankah ada cara ? tak payah la rebakkan ayat tak sekolah merata-rata dalam internet... itukah kredibiliti Mawip , Jakim? mufti main cakap .. usaha takde .. tak guna der....

    ReplyDelete
  4. Btol bro. Semuar orang berpendapat mcm tu. Alang2 nk haramkan, haramkan rokok skali. Tapi apa bleh buat, rokok bayar cukai n ownernye geng2 kroni. Mufti sume tu mufti cari makan. Kene ikut arahan tuan. Bukan arahan Allah.

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers