02/09/2015



Sebenarnya sejak zaman dulu lagi, agama disalah gunakan untuk kepentingan peribadi. Kebanyakan untuk berkuasa dan kekayaan seperti zaman kegelapan eropah dulu. Gejala manipulasi agama berterusan hingga ke hari ini. Agama sering digunakan oleh politician untuk kekal berkuasa terutamanya di negara dunia ketiga macam Malaysia. Selain itu, agama juga digunakan sebagai pelaris perniagaan pun berleluasa di negara dunia ketiga macam Malaysia.

Selain itu, agama juga digunakan untuk tujuan peperangan.  Masing-masing berjuang demi mempertahankan agama masing-masing.

Lepas  aku tengok filem PK lakonan Aamir Khan, ada satu scene di hujung filem dia cakap ayat ni (lebih kurang la):

"Kau kata kau buat semua ini sebab kau melindungi Tuhan kau, tapi kau tahu tak bertapa kecilnya planet bumi berbanding dengan saiz galaksi dan bintang di luar sana. Lagi halus daripada kuman atas tapak tangan aku ni. Tuhan yang cipta semua ini, kau tahu tak berapa besarnya Tuhan? Kau rasa Tuhan perlu perlindungan daripada manusia macam kau?"

Ayat tu buat aku terfikir, btol jugak. Kalau korang tahu la saiz bumi ni berbanding dengan saiz seluruh alam semesta ni, korang akan terfikir bertapa besarnya dan bertapa kuasanya Tuhan. Lihat lah saiz bumi kita dengan alam semesta, bertapa kecilnya kita ni berbanding dengan Tuhan....

Ada satu quote "Orang yang mulia akan gunakan agama untuk menambah kawan. Orang yang keji akan gunakan agama untuk menambah musuh"



P/s: Tengok la citer ni.  Ada banyak mesej tersirat dan lawak jugak. Lolol.





0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List