21/09/2015

Semalam aku ada hal sket kt Bangsar Shopping Centre. Masa balik tu wife ajak singgah kt Kafe XOXO. Dah lama plan nak pergi. Setiap kali nak lalu jalan Maarof mesti rasa nak pergi tapi x pergi2. So semalam memang perfect timing.

Lokasi dia senang je. Kalo dari dataran maybank tu, lepas masuk jalan maarof, sebelum petronas, ada satu lorong kecil, ada signboard jalan mati. Lorong tu mungkin terlindung dgm barisan teksi yg beratur nk isi NGV kt petronas. So kene slow sket. Lorong nk masuk cafe XOXO tu mmg kecil. Lepas masuk je lorong tu, mesti terus akan nampak kafe xoxo.

Masa aku sampai kedai agak penuh. Mujurlah ada orang da bgn masa kitorang sampai. Bila kitorang da duduk, pelayan tu kata kitorg kene order kt kaunter.

Aku x sempat snap gambat menu, tapu harga dia agak mahal berbanding banding kedai biasa. Contoh, Teh Tarik RM5. Nescafe panas RM6. Ni kira paling murah aku nampak atas menu tu selain air mineral dan air kosong. Bak kata owner dia sebelum ni, standard la area Bangsar. Ok. Lagipun mahal or murah ni subjektif. Bergantung kpd income korg setiap bulan. So biarkan korg decide mahal or murah. So aku order 2 teh tarik, satu set pisang cheese RM 8.

Environment kedai open air dan terletak kt ruang macam balkoni rumah lama memang wujudkan suasanan santai. Kedudukan restoran yg tinggi permandangan banggunan pencakar langit sekitar Bangsar mmg nice utk petang yg cerah dan tanpa jerebu. Hiasan kedai yg sederhana serta majoriti drpd kayu menjadikan suasanan ala kopitiam di tepi pantai.

Makanan yg kitorang order tu mmg memuaskan. Teh tarik smpi dlm gelas agak besar. Tapi harga RM5 tu.. Xpe, itu subjektif. Pisang cheese dia pn byk n ok, sedap.

Aku as da beberapa feedback hasil drpd lawatan pertama. Harap owner boleh consider:

1. Kt area depan kedai tu ada parking sikit n kecik. So kene parking kt kawasan berbayar tepi kedai. Aku x sure sama ada owner parking tu sama dgn order kedai or tak, tp RM5 utk sekali masuk agak mahal. Bangsar shopping mall pn caj RM 3 utk jam pertama n RM 2 jam seterusnya. At least parking indoor, proper parking n ada guard. Ini just open air n kwsn tak rata serta agak tersorok.

2. Lepas makan aku nak basuh tgn, tapi xde sinki. Kalo sinki tu ada tapi aku tak nampak, ok abaikan point ni.

3. Harap bole reduce sket harga makanan. Ok, tau tu area Bangsar. Tapi consider kedai yg xde aircond, takde wifi, takde tv, xde radio so mungkin margin untung bleh kurgkan sket kot.

4. Boleh pasang lagu santai or lagu relax utk bg suasanan kedai hidup sket.

Ok, pape pun enviroment kedai memang selesa n makanan pn sedap.

P/s: RM 5 tu bleh dpt 2 gelas teh tarik kt mamak.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe