07/09/2015

Biasanya kalo malam aku tak nak makan berat aku selalu tapau burger. Brader jual burger tu pn da kenal aku. Aku boleh je order melalui wasap, tapi saja je nak beli by hand sebab sementara tunggu burger siap aku pergi minum kt kedai mamak sambil layan wifi. Orang dah bg free rugi la tak guna kan?

Brader yg jual burger ni mcm budak lagi. Maybe 7 or 6 tahun lagi muda dari aku. Selalunya dia dengan sorang member dia. Tak pun dgn adik perempuan dia.

Pernah skali tu aku saje je berborak dgn dia. Stall burger tu dia dapat dari pakcik dia. Aku tanya sehari bape biji burger jual. Dia kata palinh kurang 2 beg roti. Satu beg ada 50 roti, so total 100 bijik. Mmg sehari dia target 2 beg. Kalo rajin baru dia tambah.

Biasanya dia start jual lepas maghrib. Dalam pukul 10 or 11 dah habes. Lepas tu dia akan pergi memancing or lepak dgn membe. Esoknya kul 3 baru pergi amik stok. Tu pn dia da ada supplier. Sume da redi. 

Aku tengok hidup dia pn hepi je. Masa dia jual pn ramai kawan dtg sembang. Tapi dia sembang waktu takde order la. Kerja cuma 3 or 4 jam sehari. Tak payah bangun pagi meredah jem ofis, kejar punch card, berdepan kerenah ofis dan bos.

Ok, mungkin la ada cabaran untuk menjadi penjual burger yg berjaya seperti beliau. Cuma dari kaca mata aku, kehidupan beliau sangat bahagia.

P/s: ok, boleh consider utk jual burger lepas pencen. Lololol

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List