06/09/2015

Kali pertama baca sinopsis di belakang novel ni aku dah tau yg novel ni memang untuk aku. Biasanya magik ni memang dikaitkan dengan jenayah dan bila ada jenayah mesti ada detektif. Bila ada detektik mesti ada drama. Bila ada drama baru syok. Sapa tak suka drama kan?

Pentas mengisahkan tentang seorang ahli magic yg bermula dari pertunjukan di tepi jalan Bukit Bintang ke fun fair dan akhir sekali ke pentas bertaraf dunia. Baca ni pn dah meluap2 nk tau apa kisahnya. So pada suatu hari, si magician ni ter hilangkan pembantunya Zulaikha (aku imagine macam Ada Wong dalam Resident Evil 4). Lepas hilang dah tak boleh muncul balik. Akibatnya si magician ni dituduh di bawah akta jenayah sihir (mcm Harry Porter) la plak.

Tu pentas pertama. Pentas kedua pula mengisahkan tentang seorang wartawan bernama Harun dan bagaimanakah beliau boleh menjadi watak penting ketika perbicaraan kes jenayah sihir ni.

Ya, di penghujung cerita nanti korang akan tahu identiti sebenar Harut dan Datuk Mahrut. Ianya sangat memeranjatkan dan sekaligus menjawab persoalan macam mana magik2 hebat dilakukan di awal novel.

Aku teringat selepas pengunguman pertama Novel Pentas oleh Buku Fixi, tak lama selepas itu BF mengeluarkan statement yg mungkin tak akan diterbitkan. Lepas baca baru aku faham. Kt Malaysia ni kalo nak buat karya kene buat macam Gerak Khas atau Tanda Putera. Lololol.

P/s: Lepas habis baca berkemungkinan tinggi korang akan google siapa itu Harut dan Marut. Ya, aku buat. Lol

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers