06/09/2015


Sedap tajuknya. Kalau tahu apa maksud Raudhah tu lagi afdhal. Memang kena dengan nama dan gelarannya. Sebelum ni aku cuma tau 2 Raudhah je. Adik Che Ta, Ayu Raudhah dan Raudhah di hatiku di TV9. Selepas baca novel ni, alhamdulillah aku tau apa itu Raudhah sebenarnya.

Aku xtau ni novel RAM ke berapa yg aku khatam. Raudhah menceritakan tentang kehidupan seorang pembunuh upahan bergelar Joker yg bekerja dengan White yg penuh misteri. Sepower2 Joker pn, dia tak tahu siapa tu White tapi White tau sume pergerakan joker. Ok, Joker ni nama sebenar dia Fariz. Anak yatim piatu setelah parent dia meninggal dunia dlm kemalangan jalanraya waktu dia kecil. Dia ada kawan baik nama Hambali yg sangat warak. Hambali ni pulak ada tunang bernama Raudhah. Nak dipendekkan cerita, Hambali ni terperangkap dalam urusan kerja Joker dan akhirnya terbunuh. Dalam masa yg sama Fariz mula ada perasaan kepada Raudhah. Macam menarik je kan plot dia?

Cerita dalam novel ada 3 bahagian. Bahagian 1 paling dark. Bahagian kedua bahagian keinsafan. Bahagian ketiga better aku biarkan rahsia supaya ianya menarik untuk dibaca hingga ke mukasurat terakhir. Lepas korang baca bahagian ketiga lepas tu korang tepuk dahi, ok kita geng.

Yang pastinya lepas baca novel ni tiba2 plak aku rasa nak ke Mekah. Huhuhu. 

P/s: Pintu taubat itu sentiasa terbuka.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe