21/09/2015



Rasanya tengok cover page buku ni pun dah tau. At least 80's dan 90's kids, sure kenal makhluk pelik di muka depan buku ni. Kalao tak kenal maknanya korang lahir lepas zaman Y2K. Aku tak plan pun nak beli buku ni sebenarnya. Aku dah amik 4 buku. Masa nak bayar tu cashier MPH tu cakap, bro, kalo beli lebih RM100, dapat free voucher RM 5. Total 4 buku aku amik tu RM 88.  Lepas dah pusing beberapa kali dan belek beberapa buku, aku ada 2 pilihan nak amik buku ni or Amran Fans. Bila dibandingkan dengan ketebalan, aku rasa better aku amik buku ni. Lagi tebal. Haha.

Aku yakin 500% 80's dan 90's kid akan membaca buku ni sambil tersenyum2 sipu sendirian. Kalao golongan ni baca buku ni dengan poker face maknanya masa dia kecik die skema dan mak dia asyik kurung dalam rumah tak bagi keluar main. Haha.

Buku  ni sebenarnya macam ensaiklopedia utk 80's dan 90's kid. Banyak benda yang femes waktu era tu akan dipaparkan lengkap dengan penerangan di dalam buku ni. Dari permainan, makanan, trend, perbuatan, perbualan, rancangan tv, aktiviti, komik dan macam2 lagi la. Bila korang baca korang akan terkenang sambil tersenyum sendirian dan mula merindui era kanak2 sebelum gadget menjadikan anak2 korang introvert kera sumbang serta lemah kerana kurang aktiviti fizikal berbanding kanak2 zaman dulu.

Bagi aku buku ni memang agak wajib dimiliki oleh 80's dan 90's kid. Selain sebagai mengimbau kenangan lama, mungkin korang bleh cerita atau ajar anak korang tentang permainan orang dulu2 yang aku rasa budak2 skang ni tak pernah dgr or main. Mungkin juga, selepas 100 tahun buku ni boleh menjadi sebagai satu rujukan sejarah tamandun melayu. lol.

P/s: DinDang dan Tora selalu beli bila ayah dapat gaji. Jojo pulak selalu beli masa hari raya.


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe