02/09/2015


Akhir2 ni banyak betul luahan perasaan atau perkongsian kisah peribadi di media sosial. Ianya di share oleh beberapa fan page or blogger yang gila traffic dan manipulate sifat semula jadi manusia yang suka kan drama. Dari kisah rumah tangga, kisah so sweet bana, kisah kesusahan hidup macam dia la paling susah di dunia ni, kisah pasal dia tolong orang (apa motif citer kita tolong orang?) kisah pasal anak dia paling comel or pandai dan macam2 kisah lagi la.

Alasan yang paling popular ialah  untuk menjadi pengajaran kepada kita semua. Tapi apa yang aku nampak orang berdebat kat ruangan komen ada la. Si tukang bekap lawan si tukang bash. Masing2 menegakkan benang masing2 yang dibasahi air. Kadang2 saling membalas sampai berlarutan ke beribu komen. Tak nampak bangang ke? Kalo ko menang or betul pun, apa ko dapat?

Tapi macam biasa la, yang aku nampak yg rajin berdebat ni biasanya budak2 baru nak up esp budak2 mentah atau golongan2 pakcik makcik yang baru kenal internet. Bagi aku la, hanya si bacul je yang berdebat kat internet ni. Tulis panjang lebar macam buat karangan. Macam la orang nak baca dia tulis. Siap copy paste hadis2 dan kata hikmah2. Boleh jalan daa. Tak tau ke meleis ni jenis kaum malas membaca. kakaka.

Senang cerita macam ni la, internet ni bukan tempat untuk orang yang cepat sentap or terasa. Kalau tak nak hilang kawan or rasa cepat menggelupur, baik tutup je internet, main solitaire atau pinball lagi bagus.

Kalo korang share issue rumah tangga or kisah family kat media sosial, apa korang dapat? Yang pastinya satu dunia tau rumah tangga or family korang ada masalah. Siapa bangang skang?

P/s: Jangan tulis panjang or sindir2. Itu budaya lapok. Skang ni tulis ringkas dan padat serta straight to the point.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List