02/11/2015

Banyak bende yang kanak2 boleh buat tanpa rasa bersalah dan orang tak marah. Kalao marah pun mesti ada orang akan backup "alah budak kecik mana tau pape". Tu yg seronok jadi budak kecik. Buat salah tanpa ada rasa takut dan bersalah.

Salah satu benda yang budak kecik buat yang orang dewasa rasa bersalah bila buat ialah makan.

Masa kita kecik kita makan je apa yg ada depan mata dan kalao boleh kita nak sumbat sebanyak mungkin. Yang peliknya kita tak rasa kenyang. Rasa macam boleh makan berpinggan lagi. Pergilah kenduri kawen, jamuan sekolah, beraya rumah orang, memang habis licin makan.

Dah besar ni bila nak makan mesti ada rasa mcm guilty bila makan sesuatu yg kita tau memudaratkan badan. Perut lapar, nafsu bergelora tapi kalau terlebih makan kang nanti badan naik. Sebelum makan fikir, ni kalau aku makan ni berapa pusingan padang kene lari atau berapa kali kene pergi gym ni.

Lagi sedih kalau doktor tak bagi makan sebab penyakit. Masa tu duit banyak pn tak guna.

P/s: Tak seronok jadi orang dewasa ni.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers