10/11/2015

1st experience aku dgn zombie ialah tengok kawan aku main game Resident Evil 2 dengan Playstation 1 tahun 1998 kt rumah dia. Ya aku ingt lagi perasaan masa tu. Walaupun dia yang main sebab aku yg mintak dia demo, tp aku yg mengigil. Punyela cuak. Yela, 1st time jumpa zombie. Sebelum ni dalam database kepala aku xde pun zombie. Eh jap ada, lagu Zombie oleh White Carribean yg femes masa era 90an. Tak sangka pulak zombie seseram macam dalam video game tu.

So klise untuk semua cerita zombie lepas tu, zombie ni berpunca dari sejenis virus yang take over otak manusia dan kontrol the body. So secara literature nya, manusia tu tak berada dalam kesedaran or bleh dikatakan dah mati sebb lepas kene tembak, kaki putus, muka pecah, perut terburai, still boleh hidup. Power tak power la virus tu.

Next question utk sesiapa yang tak follow cerita zombie, kenapa zombie attack manusia? Back to fundamental, virus yg dah kontrol otak tadi akan kontrol manusia tersebut utk dapatkan otak lain. Ya, utk host trus hidup, host perlu makan dan minum. Sebab tu kene attack manusia lain. Kiranya objektifnya 2 in 1.

Selama ni kita telah di brainwash oleh cerita barat yang zombie ni disebabkan oleh virus. Namun secara realistiknya wabak zombie kini tercetus disebabkan oleh smartphone. Manusia kini (yang ada smartphone) sepanjang masa akan menghadap smartphone. Tak kira masa. Dah tak pedulik dengan persekitaran. Pergilah mana2 hari ni (tempat yg ada manusia) susah utk kita tak jumpa manusia yg menghadap handphone. Even skang ni time khutbah jumaat pn org layan phone. 

'Virus' yang menyebabkan manusia kini semakin menjadi zombie sebenar ada di depan mata orang awam. Malah dikilangkan dan dijual secara umum. Nak beli ikut mudah.my pun boleh.

P/s: Stakat ni takde vaksin utk virus zombie smartphone ni.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe