20/02/2016

Kalau kita hidup dalam realiti, sebenarnya susah untuk kita nafikan keperluan untuk memiliki 2 kerja untuk compensate keadaan ekonomi negara kita sekarang hasil pemerintahan kerajaan yang 'cemerlang'.

Saranan untuk membua 2 kerja ni memang takda masalahnya, cuma ianya datang dari orang yang kita tahu dia hidup mewah menggunakan jawatan yang dia miliki semasa pilihanraya akibat undi orang 'bijak'.  Tapi bila kita lapangkan dada, sebenarnya memang betul, 1 income memang tidak mencukupi.

Sebenarnya cukup atau tak bergantung kepada lifestyle kita. Majoriti orang yang duit tak cukup ni sebenarnya dia berbelanja melebihi pendapatan dia. Easy math.

Kebelakangan ni, hasil 'kebijaksanaan' menteri kewangan kita aka PM kita mentadbir kewangan negara, kos hidup meningkat secara gila babi. Dulu memang boleh guna point 'duit tak cukup sebab korang berbelanja lebih daripada income'. Akhir-akhir ni, orang yang berbelanja secara berhemah pun susah dah nak capai level 'cukup'. Dah jimat macam mana pun, still tak cukup akibat pelbagai cukai dikenakan dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Dua kerja ni pun sebenarnya tak semudah disangka. Bunyi macam senang. Tapi bukan senang, sebab kalau senang, semua orang boleh buat. Cara paling senang dan ramai orang pilih ialah berniaga online. Barang yang dijual pula jenis barang yang ramai orang jual macam baju, tudung, perfume. Sebab tu susah nak hidup.

Sebenarnya, kalo nak cari duit ni sebenarnya perlukan ilmu. Tapi bukan ilmu hitam. Haha. Nak cerita pasal benda ni panjang sangat. Tapi secara ringkasnya, kita kene jual produk or servis yang tak ramai orang buat. Kurang sikit competitor. Belajar teknik marketing, cara nak goreng ayat n faham psikologi potential buyers. Then cara nak layan kerenah customer. Kene jugak tau produk. Lagi detail lagi bagus.

Nak cari duit ni, otak kene creatif. Sentiasa berfikir luar dari kotak dan fikir idea yang orang lain tak pernah fikir. Beza antara orang kaya dan orang miskin sebenarnya ialah orang kaya otak dia kreatif dan pandai amik peluang. Orang miskin malas nak berfikir dan tak minat explore benda baru dalam hidup dia. Tak pandai amik peluang pn ye jugak. Ada mutiara kata berbunyi 'Orang yang gagal ialah orang yang sama ada tak pernah mencuba atau dah cuba, tapi berhenti terus". Seseorang itu hanya dikira gagal sekiranya dia berhenti mencuba.

Kalo kita tengok, setiap tahun orang kaya akan makin kaya dan orang miskin akan makin miskin.

Papehal pun, untuk buat dua kerja yang reliable, gunakan lah akal pemberian Allah itu sebaik mungkin. Contoh paling senang ialah Spiderman jual nasi lemak tu. Nasi lemak tetap nasi lemak, tapi mamat tu tak malu untuk pakai costume yang mungkin ada orng cakap poyo atau gila, tapi side effect dia punya berani tu ialah orang akan amik gamba dan share di media sosial dan tolong iklankan dia secara percuma.

Ok, good luck untuk survive dalam keadaan ekonomi sekarang. Kalo takde duit pun still tak mati kan? Haha. Manusia satu-satunya makhluk di atas planet bumi ni yang perlu membayar untuk hidup.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe