22/04/2016



Mesti ramai daripada kita rasa tak selesa dengan musim panas melampau yang melanda negara sekarng ni. Panas, berpeluh, tak selesa. Tapi sebenarnya el nino ni rahmat untuk sesetengah orang macam penjual dan tukang servis aircond. Tak menang tangan diorang ni nak terima job. Orang jual aircond pun senyum lebar je. Laku aircond sekarang ni.

Orang jual air pun hepi jugak. Aku tengok kat pasar malam memang laku. Segala jenis air la. Dari kordial, ice blended sampai la jus. Air kelapa pun sedap jugak. Aku slalu blasah di hari minggu,

Yang paling latest orang yang hepi dengan el nino ni ialah TNB. Khabarnya bil naik mencanak. Ramai tak puas hati. Tapi TNB cakap normal la. Time El nino memang la bil naik sebab korang banyak guna kipas n aircond. Ok, kita tunggu masa musim La Nina nanti. Adakah alasan yang sama akan digunakan.

Akhir kata, setiap berlaku itu ada hikmahnya dan Allah itu Maha Adil.

Sekian.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers