08/04/2016

Sejak 1st time aku tgk Surface dilancarkan, aku dah set target, next time kalo aku nk bli laptop, aku nk beli surface.

Sangat sesuai dengan lifestyle working adult. Ringan, nipis, senang nak bawak pergi mana2. Yang penting ada MS office.
Disebabkan masa launch tu harga dia di luar kemampuanku. So aku pendam dulu jela.

Akhirnya aku dapat jugak beli kat mudah dengan harga yang reasonable hasil survey beberapa hari. Surface 2. Aku agak excited dan tak sabar nak test kt rumah.

Surface 2 ni guna windows 8.1. Sesuatu yang baru. Aku tak pernah guna. Terkial2 la jugak. Mujurla aku cepat pikap (hahaha). Cepat biasakan diri.

Aku try buat keje ofis kt surface. Dah installed office 2013. Graphic mmg smooth dan hd. Rasa selesa je buat keje. Cmne aku taip? Aku memang ada bluetooth keyboard n mouse. Usb port ada satu je. Nasib baik ada usb hub.

Kenapa kene ada usb hub? Sebab memory cuma 32gb. Tolak windows tingg 15gb je. Kalo nak simpan file byk2 mcm tak sesuai. Dicadangkan buat kerja direct dari pendrive or external hd.

Lepas tu aku nak install counter strike. Tapi kecewa tak boleh. Nak install media player classic. Then baru aku perasan. Surface ni tab, so cuma boleh install dari Store sahaja. Tak boleh dari luar.

So far tu je la aku tak puas hati. Kalo bleh install pape mcm pc mmg aku bg perfect rating. Back to purpose, Surface ni aku guna utk wat keje ofis je. Kalo g outstation dah tak payah pikul laptop.

Skang ni latest Surface 4. Macam mana la performance agaknya...


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe