06/04/2016

Baru2 ni kereta wife aku ada masalah bearing. Lebih tepat lagi wheel hub bearing. Sila refer gambar. Sebelum ni sebelah da tukar. Rasanya baru 2 bulan lepas. Masa tu pun pomen dah cakap sebelah lagi tak lama. Nak tukar kiri kanan budget tak cukup. So hold dulu.

Hari ni aku suruh wife pergi cek dulu untuk pastikan yg btol2 wheel bearing yang rosak. Wife pun pergi la ke servis centre. Ni branch tau. Bukan dealer punye service center. Wife pun suruh la depa check. Mcm biasa la sebelum pape wife tanya aku dulu. SA tu cakap mungkin driveshaft. Ok, ada possible gak sebab simptom tu ada. Lepas diorang cek.

Nak dekat 1 jam lebih diorang cek, akhirnya SA tu pun bg feedback. Katanya nya semua 4 bearing rosak. Yang depan tu sekali kene tukar dengan center hub. Lagi kelakar siap mounting engine pun kene tukar. Kepala bana dia.

Dulu ada skali, suruh tukar brake pad. Skali service center tukar dengan disc rotor. Mentang2 la orang perempuan yang datang service memang ketuk kaw2. 

Ada skali tu membe perempuan call tanya sebab tak puas hati. Second service (10,000km) kene sampai RM460. Aku tanya apa dia tukar, sume die bantai tukar, spark plug, minyak gearbox, minyak engine fully sintetik, brake pad n tak ingat lagi la. Sume die ketuk.

Pernah la membe perempuan tanya, kalo indicator airbag tu nyala apa maksud nya? Aku jawab la maybe ada something wrong dengan harness airbag or sistem. Die tanya SA, nak tau SA jawab apa? Die kata tu normal. Engine tgh pam angin dalam airbag. Pala bana die. Kalo dah pam, meletup la airbag tu.

So berbalik kepada kes aku tadi, kalo nak buat sume total kene dalam RM1600. Aku cakap kat wife tak payah la. Mengarut je tu. Carik service center lain tukar je bearing sebelah yg kong tu je.

Akhir kata, aku ada 2 nasihat:

1. Tak kisah la laki or pompuan or apa keje ko, cube la amik tau basic pasal kete. Tanya orang yg tau or google je apa yg patut. Bukan susah pun. Esp perempuan la. Sebab diorg ni memang senang jadi lauk kalo g bengkel ot service center. Kalo laki diorang cuak jugak nak kencing, takut kene balik nnt.

2. Kalo bengkel luar mmg dah jadi habit diorang kencing2 ni. Bende elok disuruh tukar. Bende ok, bila sampai kedai terus jadi tak ok. Standard la tu nk jual barang. Tp yg authorised service center ni agak2 la. Jangan la tiru perangai bengkel luar. Sume bende nak ketuk. Sian la. Bukan sume orang berduit. Esp perempuan yg tak tau pape. Tak rasa bersalah ke? Apa jadi kalo kene kt family korg sendiri. Kalo rasa bleh pakai tak payah la tukar. Tau la nak kejar target.

Pape pun, berhati2 lah. 



0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List