24/06/2016



Rasanya topik yang hangat dibincangkan oleh warga internet yang agak intelektual pada hari ini ialah tentang pungutan suara rakyat UK sama da mahu kekal atau keluar European Union (EU). Pihak yang ingin keluarkan menggunakan terms Brexit. Manakala pihak yang kekal menggunakan terns Remain atau Stay.

Walaupun peristiwa ini berlaku sejauh 12,000km dari negara kita, tapi tak bermakna kita tak merasa kesannya. Impak paling ketara satu dunia akan rasa ialah dari segi ekonomi. Ok, aku bukan pakar ekonomi. Aku pilih untuk tak nak ulas panjang. Secara ringkasnya, trading UK dan negara EU lepas ni dah tak semudah dulu. Untuk bacaan lanjut boleh google kat sumber lain.

Kenapa aku terdetik nak tulis pasal Brexit ni sebab ia ada efek kat bolasepak. Aku suka bolasepak. Bila isu ini bolasepak secara automatiknya aku akan react. Sama seperti ekonomi, lepas ni syarat player luar nak main kt UK semakin ketat. Untuk lebih lanjut tentang perkara ni boleh refer kat sumber lain. Rata2 owner kelab menentang Brexit sebab susah nak amik world class player lepas ni. Bila liga tu takde world class player otomatik populariti menurun dan secara langsungnye bisnes diorang la.

Tapi aku faham la, rakyat UK ni pun tension sebab rakyat dari negara asing boleh masuk sewenang2nya dalam UK tanpa perlu visa. Ibarat pendatang boleh datang sesuka hati walaupun secara sah. Rasa terancam dan tak selesa tu memang ada.

Pape pun, harap2 FA England akan pinda satu peraturan baru untuk pengecualian tentang hal2 bolasepak je. Kalo tak nanti EPL dah tak meriah. Ada duit banyak pun tapi tak boleh beli player world class buat apa.

Berikut ialah hasil undian pungutan suara. Sangat sengit.


2 comments:

  1. nasiblah , ini semua jangka masa panjang

    ReplyDelete
  2. Skang ramai plak nyesal bila dpt tau info sebenar n pound jatuh mendadak

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers