06/06/2016




Skang banyak orang share pasal air Nabeez bersempena bulan puasa ni. Mungkin sebelum dah ada, tapi rasanya 1st time aku dengar pasal air Nabeez. Air Nabeez ini merupakan air rendaman kurma. Khasiatnya boleh mengurangkan rasa lapar sehigga 3 hari.

Antara khasiat air Nabeez ini ialah dapat memberikan tenaga, mentsabilkan tekanan darah, baik untuk kesihatan jantung, kaya dengan fiber yang baik untuk penghadaman dan beberapa lagi khasiat lain.

Cara membuatnya ialah

1. Ambil beberapa biji kurma (kalau boleh dalam bilangan ganjil) dan buang bijinya.
2. Rendam kurma tersebut ke dalam air lebih kurang 500ml hingga ke 1 liter.
3. Biarkan semalaman atau sehingga kurma lembut sebelum diminum.
4. Tutup bekas tersebut. Tidak perlu diletakkan di dalam peti sejuk,

Senang citer sebelum tidur, boleh buat sebelum tidur dan boleh diminum waktu sahur nanti. Elakkan minum air rendaman yang sudah melebihi 3 hari.

So info di atas adalah ringkasan yang aku google pasal air Nabeez. Nak tau detail korang boleh google sendiri. Aku sendiri pun tak pernah try. Tapi dah boleh start buat malam ni.

Mudah-mudahan khasiat air Nabeez dapat membantu kita menjalani ibadah puasa dengan lebih bertenaga,

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers